BAB 14

9 3 0
                                    

Aku terjaga apabila terdengar bunyi seperti pinggan mangkuk berlaga di dapur. Aku memegang kepalaku kerana berasa sedikit pening. Aku cuba mengingati kembali kejadian yang berlaku sebelum aku tidur. Apabila teringat kembali perbualan aku dengan Kamil, masih tersisa sedikit rasa tidak puas hati walaupun aku tahu dia cuba bergurau. Dia tidak tahu setiap perbuatannya boleh memakan dirinya sendiri. Aku turun dari katilku lalu mencuci mukanya untuk membersihkan mekap-mekap yang ada. Hari ini begitu banyak perkara yang berlaku. Aku tidak menyangka bahawa hari lahirku akan disambut sebegitu rupa. Tiba-tiba aku dengar seseorang mengaduh di tingkat. Sepantas kilat aku turun ke tingkat bawah.

"Kenapa Kamil?", tanyaku sejurus masuk dapur.

Aku nampak dia hanya tersengih. "I nak masak spageti untuk makan malam tetapi terguris pisau", aku terus mendapatkannya. Nasib baik ianya cuma luka yang kecil. Aku melihat wajahnya yang tersenyum macam anak kecil. Aku tak tahu nak katakan apa.

"Tak payahlah you masak.Biar I yang masak.You pergi duduk depan sana tengok tv atau apa-apa pun.Yang penting bukan dekat kawasan dapur", arahku.

"Tapi I nak masakkan you untuk makan malam. Ini adalah last event yang I nak buat untuk you.", katanya tenang setelah melihat air mukaku.

"I tak perlukan semua ini. Cukup sekadar you berada di sisi I. I tak minta banyak.", balasku kembali.

"Kalau nak I ada dekat sisi you, hari-hari I ada. Bukan setakat hari ini. I nak jadikan hari ini istimewa untuk you."

"You mungkin tak sedar tentang satu perkara. Bagi I jika you sentiasa berada di sisi I, selagi itulah hari itu akan menjadi hari yang istimewa untuk I. Daripada kehilangan you, I lebih sanggup kehilangan segala harta I.". Aku tak tahu mengapa aku berkata begitu. Aku merasa tidak sedap hati semenjak dua ini. Seolah-olah ada benda yang bakal berlaku. Aku merasakan aku akan kehilangan Kamil untuk selama-lamanya. "You nak masak spageti kan?.I tolong sekali ea.",sambungku lagi.Risau aku tengok dia buat bahan-bahan. Manakan tidak sosej potong tiga pun dia boleh terguris jari.

"Tak payah. Biar I yang buat semuanya.", balasnya bersungguh-sungguh.

"Tapi..."

"No tapi-tapi. You tahu tak entah mengapa walaupun ini kali pertama I jejak kaki kat dapur, I macam dah familiar dengan bahan-bahan dapur semua.". Aku tertelan air liur mendengar kata-katanya.

"You janganlah risau. Everything gonna be okay, alright?",. Dia dapat membaca keresahan di raut wajahku.

Aku hanya dapat mampu mengukir senyuman paksa. Aku dipaksa keluar dari dapur oleh Kamil. Aku hanya mampu menurut sahaja kemahuannya kerana aku tahu dia tidak akan mengalah. Aku sempat menjeling kearahnya sebelum berlalu dari situ. Aku berharap dia akan sentiasa berada disisiku dan aku juga berharap gerak hati aku kali ini tersilap.

Malam itu aku menikmati hidangan yang disediakan oleh Kamil. Aku hampir tergelak kerana percaya katanya seratus peratus yang dia rasa dia familiar dengan barang-barang dapur. Semuanya hanya imaginasinya sahaja. Bukan apa, aku cuma rasa masin sahaja dalam kuah spageti tadi. Kamil sendiri tidak dapat menelannya. Akhirnya aku juga pergi memperbaiki kuah tersebut agar kami berdua tidak kebulur malam tersebut. Aku nampak dia mengeluh kerana hampir kesemua plannya untuk surprisekan aku asyik tidak berjaya. Aku hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala melihat perlakuannya dari tadi. Kasihan cinta hati aku ini.

____________________________________________

Aku bersiap-siap seawal jam 7 pagi kerana terdapat meeting dengan pihak client berkenaan Projek Langkasuka. Dengar kata beliau merupakan CEO Syarikat mega yang setaraf dengan company Mia. Dia sendiri ingin menguruskan Projek Langkasuka. Seingat aku nama dia Raja Amirudeen Bin Raja Safuan. Kalau tak silap akulah. Jarang aku dapat peluang bekerjasama dengan CEO syarikat besar. Jadi aku mesti tidak lepaskan peluang ini. Walau bagaimanapun, aku sentiasa perlu menjaga etika dan disiplin kerja kerana ketika ini aku membawa nama baik syarikat. Aku melirik kearah Mia yang masih dibuai mimpi indah.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now