BAB 30

9 2 0
                                    

 Jam menunjukkan jam 6 pagi. Aku bangun dari pembaringan. Hari ini adalah permualaan untuk segalanya. Aku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Hari ini untuk kali pertamanya aku akan menunaikan solat subuh. Bak kata pak cik Yus, kita kena istiqamah dalam mencari cinta Allah S.W.T . Aku mengaku yang aku masih tidak lancar dalam mengalunkan ayat suci al-quran. Aku juga tidak tahu doa qunut. Jadi aku akan meletakkan telefon bimbit di hadapan tuala, yang aku jadikan sebagai sejadah, untuk dijadikan panduan. Aku akan baca bahasa rumi. Mahukan seribu daya, taknak seribu dalih. Sebelum solat, aku iqamat walaupun masih menggunakan telefon. Aku mulai solatku dengan niat dan diakhiri dengan salam. Terasa ringan diriku ini apabila sudah menyempurnakan kewajipan aku pada yang masa Esa. Aku menadah tangan untuk membaca doa. Akhirnya aku berteleku diatas sejadah.

"Bukan diterima solat you pun.", kata satu suara dari arah belakang. Aku terus berpaling kearah Mia. Dia tengah berada dalam posisi terduduk dalam keadaan separa mamai. Dia hanya merenung tepat kearahku.

"Apa yang you cakap ini?",tanyaku terpinga-pinga.

"Tak de apa. Matikan lampu bila you dah selesai meroyan.", dia terus berbaring. Aku hanya memandangnya dalam keadaan pelik. Pagi itu, aku sudah berbincang dengan Mia untuk membawanya pulang. Walaupun dia ingkar pada mulanya, tetapi dia mengalah juga. Seawal jam 7.30 lagi, kami dah bersarapan satu keluarga. Mummy masih melihat aku dengan dingin. Aku hanya pura-pura tak nampak. Sebelum beredar, aku berselisih dengan dia. Dia ingatkan aku supaya tinggalkan Mia. Aku tak mengendahkannya. Aku juga meminta izin dengan Buk Ezani untuk bawa Tobek keluar hujung minggu nanti. Dia memberi keizinan.

Aku juga menghantar Mia ke ofis pada hari itu. Walaupun masih ada ketegangan diantara aku dengan Mia, aku cuba sesekali bergurau dengan dia dan aku bernasib baik, dia masih melayanku seperti biasa.

____________________________________________________

"Aku nak kau hapuskan Puan Sri Amirah", arah seseorang dicorong telefon.

"Kau dah gila ke?. Apa kena mengena dia dengan rahsia itu.", kata lelaki tersebut. Dia tidak berpuas hati terhadap arahan baru sahaja diterimanya.

"Aku nak kau hapuskan dia.",nadanya ditekan.

"Aku boleh terima arahan lain tapi bukan itu."

"Dia tahu rahsia kita. Dia adalah ancaman."

" Bertahun-tahun dia simpan rahsia kau. Tak pernah sekali terbongkar. Kalau betul apa kau cakap, dia hanya ancaman. Tak lebih dari itu.", tegasnya lagi.

"Kau tak boleh buat ke?. Kau cuba ingkar arahan aku?".

"Aku tak pernah sekali ingkar arahan kau. Sekali pun tak. Tapi bukan dia. Dia terlampau berkuasa. Kau pun tahu."

"Kalau kau tak boleh, aku akan cari orang lain"

"Kalau kau nak sangat Kamil hentikan penyiasatan bodoh ini, kau ugut dia. Kau ancam dia dengan orang yang paling dia sayang."

"Maksud kau?"

"Mia. Itu adalah kunci terakhir."

"Mia?"

"Dia baru kehilangan Nabilah. Orang kuat dia. Bayangkan kalau dia kehilangan Mia, dia akan jadi lumpuh. Setakat ini, hanya mereka berdua kekuatan dia. Bila dia tahu nyawa orang disayang jadi taruhan, dia tidak akan buat sewenang-wenangnya."

"Kalau tak menjadi?"

"Bunuh."

Lama dia mendiamkan diri.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now