Kringggggggggg... Bunyi loceng panjang kedengaran menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari berkenaan. Iklil segera mengemas segala barang-barangnya dan bergegas keluar dari kelas. Mujurlah tiada guru pada saat itu jika tidak dia pasti tidak akan dapat keluar dari kelas dengan pantas. Kelas 5 Amanah ditinggalkan dengan segera. Kakinya laju menuruni anak tangga.
"Lambat!" jerit Naufal tatkala ternampak Iklil tercunggap-cunggap kerana berlari.
"Alaaaaa..." keluh Iklil penat. Naufal tergelak. Haiqal hanya tersengih melihat teletah kedua rakannya itu.
"Farid mana?"
"Tu... Belum keluar lagi" kata Haiqal sambil memuncungkan bibir ke arah pelajar kelas Harmoni yang masih belum berganjak dari kelas.
"Yesss. Dia lagi lambat," sorak Iklil gembira.
"Tu pun nak lumba. Apalah korang ni," kata Haiqal sambil tersengih.
"Naufal ni la selalu sangat gelak kalau aku lambat."
"Pergi layan dia buat apa."
"Eh, kau pun nak jadi jantung hati dia ni? Asyik nak menangkan dia sepanjang masa?" tegur Naufal tidak berpuas hati dengan kata-kata Haiqal.
"Mengata aku eh?" tegur satu suara. Semua mata memandang ke arah datangnya suara itu.
"Haah. Mengata awak sebab awak lambat keluar kelas," kata Iklil sambil menjelirkan lidah selamba. Farid mengjengilkan biji matanya dan segera kepala gadis itu disengkeh.
"Woi sakitlah!"
"Padan muka!" jelir Farid. Iklil memandang geram.
"Sudah, tunggu korang bertekak dekat sini sampai esok pun belum tentu habis. Dah jom balik. Aku lapar ni," Haiqal bersuara sambil meninggalkan mereka.
"Kau tu makan aje kerjanya. Haiqal tunggulah!" jerit Iklil sambil berlari ke arah Haiqal yang semakin jauh meninggalkan mereka. Naufal dan Farid hanya tergelak lalu bergerak mengikut jejak kedua sahabat mereka.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah persahabatan dan cinta. Ini bukan kisah kahwin paksa! Bukan juga kahwin kontrak! Iklil Najihah dan Naufal berkahwin bukan kerana cinta tetapi bukan juga dipaksa. Masing-masing memang tidak sebulu walaupun bersahabat baik. Sayang sebagai kawan...