BAB 19

58 1 0
                                    

Puan Laila dan Encik Naim tiba di rumah kira-kira pukul 1:30 petang bersama-sama anak sulungnya, Naimah. Naura membantu kakaknya untuk masuk ke rumah dan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Puan Laila pula mendukung cucunya lalu duduk di sebelah anak sulungnya itu.

"Along tak nak naik bilik terus ke?" tanya Encik Naim.

"Kejap lagi la ayah. Along rehat dekat sini dulu. Senyap je rumah. Keluarga abang long tak sampai lagi ke Na?"

"Belum along. Cuba along tanya, dekat mana dah diorang. Nanti sejuk lauk yang kak Jihah masak," jawab Naura sambil mencuit dagu anak saudara barunya yang berada di pangkuan Puan Laila. Dia tersenyum apabila bayi itu seakan terganggu tidurnya apabila dia mencuit.

"Macam Dania masa kecik kan?" tegur Naura.

"Dah adik dia. Oh ya anak along yang tu mana? Tak nampak pun?"

"Tadi Na tidurkan dia. Lepas minum susu terus pengsan. Apa taknya, semalam tak tahu pukul berapa tidur lepastu pagi tadi bangun bukan main awal. Asyik main dengan Adam. Tidur sama-sama malam tadi. Jaga pun sama-sama lah," jawab Naura tanpa memandang alongnya. Puan Laila hanya tersenyum melihat teletah Naura. Encik Naim pula sedang asyik membaca surat khabar tanpa mempedulikan anak dan isterinya.

"Mana bakal menantu yang ibu banggakan sangat tu? Dah balik ke?" tanya Naimah ingin tahu. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan Puan Laila bercerita mengenai wanita itu. Teringin juga dia mahu berkenalan dengan wanita yang telah mencuri hati seluruh ahli keluarganya itu.

"Ye tak ye. Mana dia? Dah balik la ya?" tanya Puan Laila

"Kak Jihah ke?" tanya Naura.

"Iye lah! Takkan laki kau pulak" jawab Naimah bersahaja. Puan Laila sudah tergelak. Naura sudah mengerutkan dahi.

"Eh akak ni. Bakal menantu kesayangan ibu tu tengah tidurkan Adam dekat atas."

"Tidurkan Adam?" tanya Encik Naim sambil meletakkan surat khabar di atas meja di sisinya.

"Aik ingatkan baca surat khabar, tak peduli isu dalam rumah," usik Naura sambil tergelak.

"Betul ke Naura? Adam tu nak pulak dengan Jihah tu?" tanya Naimah langsung tidak mempedulikan usikan Naura terhadap Encik Naim.

Puan Laila dan Encik Naim juga begitu. Mereka memandang Naura dengan penuh minat. Adam yang mereka kenal bukan senang mahu menyukai orang baru. Budak itu susah untuk mesra dengan orang bagaimana pula Iklil Najihah boleh menidurkan Adam?

"Iye. Betul. Dia panggil kak Jihah mama tadi. Kesian kak Jihah, dia nak balik dah. Adam beria sangat tak nak lepas. Mesti semua tak percaya kan? Kalau tak percaya pergi tengok dalam bilik abang Naufal."

"Eh? Adam tidur dalam bilik abang Naufal?" tanya Puan Laila aneh.

"Haaaa pelik kan? Selalu dia anti sangat dengan Adam kan? Tadi, dia yang suruh Kak Jihah dengan Adam masuk dalam bilik dia. Sebab dia tak nak Kak Jihah masuk bilik angah."

"Over lah dia tu. Benda tu pun nak jealous?"

"Kan kak? Na pun cakap benda sama lepastu dia marah Na."

"Padan la muka Na. Dah tahu dia perangai macam tu cakap lah belakang dia hahahaha"

"Oiii dalam pantang tak boleh gelak kuat," tegur Nazim sambil melabuhkan punggung berhampiran bayi Naimah dan seperti Naura bayi itu turut dicuit sambil dicium.

"Diam lah ko. Along lapar la. Ada makanan tak?"

"Kejap ibu masak ya along," kata Puan Laila mahu bangun tetapi dihalang oleh Naura.

"Takpe ibu. Kak Jihah dah masakkan tadi. Dia kata dia jumpa sayur sawi dengan ikan apa entah dalam peti tu. Dia kata mesti ibu simpan untuk along. Jadi, dia masak terus tadi cuma dia pesan nanti along nak makan kena panaskan semula."

"Oh ikan haruan. Memang ibu ada beli haritu. Prepare untuk along makan la. Apa dia masak? Tahu pulak dia makanan orang pantang?"

"Kalau tak silap Nazim tadi sayur sawi dia buat sup kosong biasa, ikan tu dia bakar sekali dengan bawang putih. Sayur tu dia isi lada hitam ibu. Sebab dia ada tanya lada hitam dekat mana"

"Eh pandainya dia. Baru umur macam tu tapi dah pandai hal-hal macam ni. Bukan biasa-biasa bakal menantu ayah yang ni," tegur Encik Naim.

"Ehhh laju mengaku bakal menantu dia," usik Puan Laila. Semua yang berada di situ sudah tergelak.

"Along naik atas dulu la. Nanti Na panaskan lauk along. Na hantar naik ke atas."

"Wowww rasa macam puteri raja makan dalam bilik. Kalau macam ni rasa nak bersalin tiap-tiap tahun. Dapat layanan first class daripada adik-adik," kata Naimah sambil tergelak.

"Along jangan over," kata Naura sebelum turut sama tergelak. Puan Laila dan Encik Naim sudah turut tergelak.

"Mari Nazim angkat baby sekali dengan along. Na panaskan lauk. Ibu dengan ayah tak nak makan?"

"Nazim panggil Kak Jihah turun sekali la. Nanti boleh makan sekali," ujar Encik Naim. Puan Laila hanya mengangguk. Naura sudah berlalu ke dapur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now