"Adik pergi mana?" tegur Hajah Munah sewaktu melihat cucunya itu melangkah masuk ke dalam rumah. Langsung tiada segaris senyuman di wajah cucunya itu.
"Nenek lupa la tu. Adik kan dah cakap tadi keluar dengan kawan," jawab Iklil Najihah lalu mengambil tempat duduk di sebelah Hajah Munah. Tangan neneknya itu ligat melipat pakaian sambil menonton televisyen.
"Yelah. Keluar pergi mana? Itu maksud nenek."
"Oh tak pergi mana pun. Makan-makan je."
"Hanani tak balik ke dik?"
"Dia tak balik minggu ni. Sekolah dia ada gotong royong. Biasalah baru buka sekolah ni macam-macam program la nenek."
Hanani sama seperti Haiqal, sahabatnya semenjak kecil. Wanita itu kini merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuantan. Walaupun jarak antara Kuantan dan Jerantut dalam tiga jam namun gadis itu sering pulang jika berkelapangan. Haiqal pula merupakan seorang doktor dia Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Hanani juga sama seperti dia masih belum berkahwin tetapi gadis itu telah bertunang dan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Haiqal pula sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Isterinya merupakan doktor gigi di Klinik Pergigian Temerloh. Jarak antara Jerantut dan Temerloh tidak terlalu jauh menyebabkan Haiqal sering berulang alik. Tambahan pula selepas kematian bapanya. Haiqal tidak sampai hati mahu membiarkan ibunya tinggal keseorangan walaupun Iklil Najihah sering melawat wanita tua itu.
Hubungan Iklil dan Insyirah, isteri Haiqal pada mulanya tidak berapa baik kerana wanita itu merasakan Iklil seperti mahu merampas suaminya. Setelah diterang banyak kali oleh Haiqal, dia dan mak cik Faridah, ibu Haiqal barulah Insyirah seperti menerimanya tetapi neneknya sering berpesan supaya tidak melampaui batas. Risau jika mengguris perasaan Insyirah. Dia faham, isteri mana tidak curiga jika suami terlalu peduli dengan wanita lain.
"Atuk mana nek? tanya Iklil apabila kelibatan Haji Salleh langsung tidak kelihatan.
"Entah. Katanya ke bank, nak bayar baki duit kepada pembekal pasu kita tu."
"Atuk ni, Iklil dah pesan jangan bayar selagi baki pasu dia belum hantar."
"Atuk kata mereka tak mahu hantar kalau tak bayar penuh. Lagipun kita dah lama berurusan dengan mereka. In sha allah mereka boleh dipercayai."
"Kalau macam tu, Iklil ikut je. Nenek Iklil masuk bilik kejap ya. Nak tukar baju. Panas pakai baju ni dalam rumah."
Hajah Munah hanya tersenyum. Iklil bangun dan melangkah ke biliknya.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah persahabatan dan cinta. Ini bukan kisah kahwin paksa! Bukan juga kahwin kontrak! Iklil Najihah dan Naufal berkahwin bukan kerana cinta tetapi bukan juga dipaksa. Masing-masing memang tidak sebulu walaupun bersahabat baik. Sayang sebagai kawan...