BAB 18

31 0 0
                                    

"Ni botol susu Adam. Adam nak tidur ke?" tanya Nazim sambil menghulurkan botol susu kepada anak kecil itu.

"Bukan dia baru bangun ke?" tanya Iklil Najihah sambil mengusap kepala anak kecil itu.

"Eh tak kak. Masa kita masak tadi dia dah bangun cuma dia main dekat ruang tamu atas dengan Dania."

"Oh... Eh akak nak mintak diri dulu ni. Akak dah siap masak."

"Tak nak tunggu ibu balik ke?"

"Eh takpelah Nazim. Dah lama akak dekat sini. Daripada pukul 11.30 tadi lagi. Sekarang dah dekat pukul 1 ni.

"Mama... Jangan balik."

"Alahai budak ni. Ok mama tunggu Adam minum susu kejap. Nanti mama balik."

"Kak Jihah naik atas la. Bagi Adam baring sekali dalam bilik. Nanti dia boleh tidur semula, nampak mengantuk budak tu. Semalam pukul berapa tidur duk main dengan si Dania," kata Nazim.

"Eh tak payah la. Dekat sini je"

"Susah kak. Nanti kalau orang balik terganggu pulak tidur dia. Ibu ayah tak lama dah tu nak sampai kak. Dekat atas ada Naura dalam bilik along. Akak letak je Adam dalam bilik angah."

"Hmm yelah kalau macam tu. Jom Adam"

Iklil Najihah mengikut langkah Nazim sambil memimpin Adam. Anak kecil itu langsung tidak melepaskannya. Baru hendak melangkah, mereka bertembung dengan Naufal yang baru keluar dari dapur.

"Nak ke mana tu?" tanya Naufal.

"Adam minta kak Jihah temankan dia tidur. Nazim nak bawak Kak Jihah dengan Adam ke bilik angah."

"Elok sangatlah bawak dia duduk dalam bilik duda tu?"

"Apa abang ni!"

"Kan akak dah kata, kat bawah je. Nazim beria sangat."

"Takde hal pun kak. Angah tak balik lagi. Lagipun akak bukan nak tidur situ. Akak teman Adam sekejap je."

"Jangan mengada ya. Masuk bilik Naura. Abang tak izinkan Jihah masuk bilik angah"

"Opsss bilik Naura bersepah bang. Tak sempat kemas lagi. Takkan nak masuk bilik Nazim pulak," sampuk Naura yang baru turun setelah selesai menidurkan anak saudaranya. Naura turun ke bawah dengan niat mahu menidurkan Adam pula setelah Dania tertidur.

"Bilik tamu jelah!"

"Bilik tamu tak boleh. Naura baru je kemas untuk family abang long duduk nanti."

"Okay fine!"

"Okay jom masuk bilik angah," kata Nazim sambil menarik tangan Adam. Iklil Najihah hanya menurut langkah anak muda itu. Naura tersenyum.

"I said no! Masuk bilik abang."

Naura sudah tergelak. Iklil terperanjat. Adam sudah menyorok di belakang Iklil. Nazim menggeleng dengan perangai abangnya itu. Segera dipercepatkan langkah menuju kamar Naufal. Malas mahu bertikam lidah dengan lelaki itu lagi.

"Agak-agak la kalau nak jealous pun. Bilik je kot," tegur Naura sambil menuruni anak tangga ke bawah.

"Naura diam! Jangan nak menyibuk"  

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now