Iklil Najihah dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Ibu bapanya telah lama meninggal dunia akibat nahas jalanraya. Setelah tamat belajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan, gadis itu membuat keputusan untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Kesemua rakannya berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik namun tidak dia. Bagi Iklil, datuk dan nenek lebih memerlukan kehadiran dia memandangkan mamanya anak tunggal. Bapanya pula merupakan anak yatim piatu. Mama dan papanya berkenalan ketika zaman universiti dan setelah tamat belajar mereka mendirikan rumahtangga.
"Termenung apa tu adik!" sergah satu suara. Iklil mengurut dadanya dek terkejut dgn sergahan itu.
"Hishhh atuk ni! Buat terkejut orang je!"
Lelaki tua berusia 72 tahun itu hanya tersengih menampakkan lagi kedutan di wajahnya.
"Cucu atuk ni menungkan apa? Jauh nampaknya. Nak kahwin ke?"
"Hish ke situ pula atuk ni. Mana ada. Orang tengah perhatikan pokok-pokok ni haaaa."
"Iya lah tu sampai tak perasan atuk dekat sini daripada tadi."
Iklil hanya tersengih. Dia akui memang dia mudah leka jika membelek pokok-pokok di nurseri atuknya itu. Atuk Iklil mempunyai perniagaan nurseri yang menjual pelbagai jenis pokok, baja, pasu dan lain-lain. Perusahaan itu telah lama atuknya ceburi semenjak beliau pencen sebagai pegawai pertanian. Kini, Iklil mengambil alih perniagaan datuknya itu. Berbekalkan ilmu yang dituntut, Iklil berusaha mengembangkan lagi perniagaan itu ke media social seperti Instagram dan Facebook. Dia bersyukur kerana perniagaan itu membuatkan dia mampu membantu datuk dan neneknya di samping tidak menjarakkan hubungan mereka.
"Adik teringatkan apa?" tanya datuk perlahan, masih mahu mengetahui apa yang bermain di dalam kepala anak gadis itu.
"Teringat mama dan papa. Kalau mereka ada mesti mereka bangga dengan adik. Sebab adik dah majukan Nurseri Harmoni ni."
"Ewah perasaanya. Kalau mereka ada, mereka akan membebal dekat adik sebab adik suka menghabiskan beras nenek dekat dapur," sampuk Hajah Munah.
"Itu atuk sokong!" tambah Haji Salleh mengiyakan kata-kata isterinya. Kedua-duanya memandang sesama sendiri sambil tergelak. Iklil sudah membulatkan mata tanda geram.
"Tak baik tau cakap macam tu. Adik ni cucu paling terbaik di dunia. Mana nak dapat cucu sebagus ni tau," kata Iklil bangga.
"Bang haji jom kita balik, layan budak ni nanti solat Maghrib kat sini kita."
"Yelah tu. Dia punya bangga diri boleh mati pokok-pokok kat sini dengar. Ha.Ha"
Kedua mereka bangun meninggalkan gadis itu. Iklil Najihah memandang geram dan segera berlari mengejar datuk dan neneknya. Dia mencubit pipi kedua mereka tanda geram. Mereka pulang dengan gelak tawa.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah persahabatan dan cinta. Ini bukan kisah kahwin paksa! Bukan juga kahwin kontrak! Iklil Najihah dan Naufal berkahwin bukan kerana cinta tetapi bukan juga dipaksa. Masing-masing memang tidak sebulu walaupun bersahabat baik. Sayang sebagai kawan...