BAB 16

60 1 0
                                    


Memasak bersama Naura dan Nazim sangat mengujakan Iklil Najihah. Kembar tidak seiras itu sangat mesra dengannya. Iklil langsung tidak canggung apabila berada bersama mereka di rumah itu. Lupa seketika dia penerimaan Naufal mengenai hal ini.

"Potong bawang ke putus cinta tu Nazim?" tegur Naura sambil tergelak. Iklil sudah tersenyum melihat gelagat Nazim memotong bawang.

"Sedihnya potong bawang ni. Berair mata Nazim. Kak Jihah, memang nak banyak macam ni ke?"

"Iya sayang. Kan ramai nak makan? Buat perlahan-lahan. Akak nak potong ayam dulu. Naura dah siap ke potong ulam tu? Kalau dah siap nanti tolong Nazim. Kesian pulak akak tengok dia."

"Hahahahaha biar dia rasa kak. Tadi dia cakap perkara mudah. Kelakar lah Nazim ni," usik Naura sambil tergelak jahat. Nazim menjelirkan lidah. Iklil Najihah sudah tersenyum melihat telatah dua orang anak muda di hadapannya itu.

"Nasib baik lah akak ada. Kalau harapkan Naura dengan Nazim hmmm lingkup lah."

"Betul tu kak. Terkial-kial kitorang berdua nak siapkan nasi ayam ni. Last-last kita pergi beli je nanti. Hahahaha"

Naufal menghampiri dapur. Sebentar tadi dia terdengar suara gelak ketawa. Hairan juga dia, seingatnya ayah dan abang ngah telah keluar sebentar tadi untuk mengambil ibu dan kakak sulungnya di hospital. Di rumah hanya tinggal dia, Naura, Naufal dan dua anak saudaranya. Anak-anak saudaranya Adam dan Dania pula sedang sibuk menonton kartun di ruang tamu tingkat atas.

"Eh abang? Dah bangun dah?" tegur Nazim.

Iklil Najihah yang sedang menumis untuk sup memandang ke arah muka pintu. Dia menelan air liur melihat Naufal yang memandangnya dengan muka tidak puas hati. Hilang sudah senyuman di wajahnya. Naura dan Nazim langsung tidak perasan ketegangan antara mereka berdua. Mereka berdua begitu asyik dengan kerja-kerja mereka.

"What a surprise? Kenapa kak Jihah ada dekat sini?" tanya Naufal. Nadanya hanya mendatar, cuba mengawal perasaan.

"Ibu yang telefon Kak Jihah minta tolong masak sebab nanti keluarga abang long nak datang makan dekat sini," terang Naura. Iklil Najihah hanya berlagak selamba.

"Nazim tolong tengokkan Adam dekat atas. Tadi abang dengar dia macam menangis. Tahu jela kan Adam tu bukan nak dengan abang pun," kata Naufal.

Nazim hanya mengangguk tanda mengerti. Faham sangat dengan perangai Adam yang tidak begitu suka dengan Naufal. Adam merupakan anak abang kedua mereka. Abang kedua mereka Nafiz telah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun jodohnya tidak panjang. Pada usia Adam 2 tahun, Nafiz telah menceraikan isterinya kerana isteri Nafiz berhubungan dengan lelaki lain. Sekarang Adam telah berusia tiga tahun dan tinggal bersama-sama Nafiz. Adam tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu kerana bekas isteri Nafiz itu langsung tidak peduli akan anak mereka.

Iklil Najihah hanya memerhati Nazim membasuh tangan sambil menelan air liur. Iklil Najihah berharap agar Naura tidak meninggalkan mereka berdua bersendirian di dapur itu.

"Naura, tadi abang tengok phone Naura berbunyi dekat atas. Cuba pergi tengok. Takut ada hal penting."

"Ok. Kak, tinggal kejap ya? Takut ayah atau ibu yang call nak bagitahu pasal keluarga abang long yang nak datang ni."

Iklil Najihah hanya mengangguk. Tidak lama kemudian tinggal lah mereka berdua di dapur. Naufal melangkah menghampiri Iklil Najihah di singki.

"Now, you explain this."

Iklil meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan lelaki itu. Naufal menjadi bengang dan bertindak rapat dengan Iklil Najihah. Wanita itu terkepung antara singki dan Naufal. Naufal meletakkan tangan di singki sehingga menyebabkan Iklil Najihah tidak boleh mengelak. Jarak antara mereka begitu rapat sehinggakan jika wanita itu bergerak pasti akan terkena badan lelaki itu.

"Apa ni? Tak elok lah kalau orang tengok."

"Tak ada orang pun. Kita je. Apa semua ni?"

"Baca whatsapp tu."

"Tak nak."

"Weh tepi lah!!!" jerit Iklil. Iklil tidak berani untuk menolak badan lelaki itu kerana lelaki itu tidak memakai baju. Pandang sahaja sudah buat Iklil malu apatah lagi memegangnya.

Kedudukkan mereka yang agak rapat itu memberi peluang untuk Naufal menelaah wajah gadis dihadapannya itu. Cantik. Tanpa sebarang makeup, gadis itu mampu membuat nalurinya bergetaran. Gadis itu hanya memakai lipbalm. Naufal menelan air liur memandang bibir gadis itu. Bibir itu seolah-olah meminta untuk dicium.

"EHEMMMMMMMMM"

Naufal segera menjauhkan diri daripada Iklil Najihah. Iklil Najihah pula terus mendapatkan cabinet yang menempatkan rice cooker untuk melihat nasi yang dimasak olehnya sebentar tadi.

"Belum kahwin lagi abang. Jangan melebih pula," tegur Naura.

"Opssss... Tak sengaja" kata Naufal selamba. Naura sudah mencekak pinggang. Iklil Najihah sudah menarik nafas lega.

"Jangan melampau ya abang. Kesian Kak Jihah."

"Elehhh Kak Jihah tak cakap apa, tolak pun tak, Naura yang kecoh."

"Kak Jihah mana berani nak cakap apa, dengan abang tak pakai baju macam mana dia nak tolak abang. Lagipun tak malu ke dengan Kak Jihah? Mandi tak apa pun tak. Sibuk datang dekat dia."

"Kak Jihah kena la biasa kan. Nanti kahwin, pagi-pagi dia kena tengok muka ni juga," kata Naufal tersengih lalu meninggalkan kedua-dua gadis itu. Iklil Najihah terkedu. Naura sudah tersengih memandang abangnya berlalu pergi.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now