BAB 2

75 1 0
                                    


Iklil Najihah tersenyum mengingati persahabatan mereka. Semenjak di bangku sekolah lagi dia bersahabat baik dengan Farid, Naufal dan Haiqal. Ketiga-tiga mereka seakan sudah sebati dengan dirinya. Dia juga selesa dengan kehadiran mereka.

Haiqal merupakan rakannya semenjak daripada darjah satu. Mulanya Iklil bersahabat baik dengan Hanani dan Haiqal. Mereka bertiga berkawan semenjak sekolah rendah namun rezeki Hanani, sahabatnya itu lebih murah berbanding dia dan Haiqal, Hanani mendapat tempat di MRSM Bentong. Tinggal lah Iklil dan Haiqal di sekolah itu tetapi hubungan mereka dengan Hanani masih baik sehingga kini.

Farid pula merupakan insan yang dikenali oleh mereka berdua ketika berada di tingkatan satu. Lelaki itu pada mulanya merupakan pelajar sekolah berasrama penuh tetapi dek kerana tidak mahu tinggal di asrama, Farid bertukar ke sekolah mereka. Farid tidaklah banyak berceloteh tetapi tidaklah terlalu pendiam. Lelaki itu pada asalnya berkawan dengan Haiqal dan secara tidak langsung menjadi sahabat Iklil juga. Lama kelamaan berkawan Iklil merasa selesa bersama Farid. Mereka tidak pernah mengisytiharkan kepda umum bahawa mereka mempunyai hubungan namun daripada cara perlakuan Farid, ramai mengatakan bahawa mereka mempunyai hubungan. Iklil juga bingung mengenai hal itu tetapi mengambil keputusan untuk berdiam diri sehingga Farid sendiri yang bersuara.

Naufal pula mereka kenal ketika tingkatan 4. Naufal berpindah ke sekolah mereka kerana tinggal bersama datuk dan neneknya. Naufal merupakan seorang yang tidak banyak cakap tetapi lelaki itu lebih suka memerhati.

Mereka bersahabat baik semenjak di bangku sekolah. Pada mulanya ada juga guru-guru yang tidak senang dengan persahabatan mereka. Apa tidaknya, sering kali Iklil dilihat bersama mereka. Dia tidak nafikan bahawa dia selesa bersama mereka berbanding rakan perempuan yang lain. Oleh itu, dia tidak pernah peduli apa orang mahu kata mengenai dia dan pergaulannya. Datuk dan nenek dia juga tidak pernah menghalang asalkan tahu menjaga batas sudah memandai.

Walaupun zaman persekolahan telah lama tamat namun mereka tetap rapat. Pada zaman universiti mereka terpisah. Farid di Universiti Utara Malaysia. Haiqal di Universiti Malaya manakala Naufal di Universiti Sains Malaysia dan dia di UiTM Puncak Alam. Dipisahkan dengan jarak yang jauh ketika belajar langsung tidak menjarakkan hubungan mereka tambahan pula dengan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan sebagainya mampu membuatkan mereka kekal berhubung. Jika ada masa dan ruang pasti mereka akan berkumpul.

Kini, usia mereka telah genap 25 tahun. Haiqal sendiri sudah berkahwin dengan Insyirah. Iklil tidak begitu kenal akan gadis itu. Insyirah merupakan rakan sekelas Haiqal ketika menuntut di UM dahulu. Iklil masih teringat bagaimana terkejutnya mereka apabila Haiqal mengumumkan bahawa lelaki itu ingin menamatkan zaman bujangnya. Apa tidaknya antara mereka lelaki itulah yang paling tidak serius dan loyar buruk tetapi jodohnya sampai dahulu berbanding mereka.

Naufal masih belum mendirikan rumahtangga. Lelaki itu kelihatan seperti tidak sabar untuk berkahwin namun teman wanitanya Khaira masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Khaira merupakan teman wanitanya ketika di USM. Wanita itu baik tetapi terlalu workaholic dan berdikari kata Naufal. Iklil Najihah masih tidak mempunyai kesempatan untuk berkenalan dengan wanita itu.

Iklil pula semenjak dahulu masih menunggu kata putus daripada Farid. Bukan dia tidak pernah memberi 'hint' tetapi Farid seolah-olah tidak faham atau berpura-pura untuk tidak ambil peduli. Jika mereka merupakan kawan biasa masakan Farid rajin menelefon dia hampir saban malam sekiranya mereka tidak keluar bersama. Adakalanya mereka keluar berdua tanpa Haiqal dan Naufal. Iklil bingung dengan keadaan itu namun dipujuk hatinya untuk terus bersabar. Moga Farid jodohnya!

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now