BAB 7

57 1 0
                                    


"Seronok jumpa keluarga mertua? Macam sedih je nak balik?"

"Jangan mulakan boleh?"

"Mulakan apa? Aku tanya je," kata Naufal sinis. Langsung tidak menoleh ke arah Iklil Najihah yang memandangnya penuh kemarahan.

"Kau tu cakap macam tu dah kenapa? Nak gaduh?"

"Kau yang selalu cari gaduh. Aku tanya elok-elok, kau emosi sangat."

"Kau tu tanya macam cari pasal. Memang lah aku nak marah."

"Kau ni memang tak reti eh nak bezakan yang mana bergurau dan yang mana cari pasal?"

"Kalau dengan kau memang aku tak reti. Cakap asyik nak menyakitkan hati je."

"Malas layan kau, dengar lagu lagi baik."

Naufal menguatkan radio tanpa mempedulikan muka masam Iklil Najihah. Begitulah tiap kali jika mereka bertemu. Pertengkaran demi pertengkaran pasti akan berlaku. Nama sahaja kawan baik tapi tidak sebulu. Duduk sekereta pun seorang ke utara, seorang ke selatan. Jika tinggal serumah mahu huru-hara. 

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now