BAB 10

47 1 0
                                    

Selesai menunaikan solat Maghrib, Iklil berbaring di atas katil. Telekung yang dipakai dibiarkan sahaja tanpa dibuka. Niatnya ingin menjaga wudhuk dan menunggu solat Isyak. Telefonnya dicapai dan dia membuka aplikasi Instagram.

Terdapat beberapa orang yang ingin mengikuti dirinya dan salah seorangnya ialah Naura Jannah, adik Naufal. Iklil berkira-kira mahu menerima atau tidak. Gadis itu sangat senang menerimanya. Berbeza dengan kembarnya Nazim Jufri. Nazim kelihatan lebih pendiam berbanding Naura. Kedua-duanya masih belajar di institut pengajian awam.

'Hish aku suka je budak Naura ni tapi kalau approve nanti Naufal tuduh macam-macam. Ala approve jela. Tak approve pun Naufal ikut sedap mulut jugak bercakap,' omel Iklil dalam hati. Tangannya lincah menekan butang terima.

Selang lima minit kemudian dia melihat ada yang menghantar pesanan di instagramnya. Ternyata Naura.

'Cepat betul budak ni. Baru approve terus dm,' desis Iklil di dalam hati.

Naura : KAK JIHAAA!!! SALAM

Iklil : Wslm. Amboi siap capslock. Huhu

Naura : Excited kak Jiha approve. Hehe.

Iklil : Dah kenal. Approve lah. Macam mana tahu ig akak ni?

Naura : Cari dekat ig abang Naufal. Bukan susah pun. Tapi pelik kenapa tak ada pun gambar akak berdua dengan abang dekat ig abang atau ig akak? Semua beramai-ramai.

Iklil : Amboi habis stalk nampak?

Naura : Mestilah :p Kak, boleh tak kalau Naura nak phone number akak?

Iklil membiarkan untuk seketika. Dia risau jika Naufal akan memarahi dirinya sekiranya dia beramah mesra dengan Naura. Namun, dia tidak sampai hati untuk menghampakan gadis itu.

'Setakat nombor telefon, apa lah sangat' desis hati kecil Iklil Najihah.

Iklil : 013987****

Naura : Thank you kak Jihah

Belum sempat Iklil Najihah mahu membalas chat gadis itu tiba-tiba muncul chat gadis itu di applikasi Whatsapp. Iklil tersenyum. Pantas benar Naura.

Naura : Bakal kakak iparku yang cantik, ini adikmu Naura yang hot. Sila save number saya untuk kegunaan masa hadapan. Kalau tak save, saya sentap! Hahahahahaha.

Iklil : Hi. Amboi mengadanya. Baik boss. Kakak yang cantik ini akan save number cik Naura yang hot. Hahahahaha

Naura : Hehe. Thanks kak. Love you :*

Iklil : Haha mengada.

Naura : Jahat. Kita sayang dia. Dia kata kita mengada.

Iklil : Yelah sayang jugak cik Naura yang cantik.

Naura : Hahahaha. Naura tak sabar nak tunggu kakak jadi sebahagian daripada keluarga kami. Pasti meriah. Hihi

Iklil Najihah memandang sayu telefonnya. Ayat terakhir Naura membuatkan dia serba salah. Dia kasihankan keluarga Naufal yang ditipu. Dia tidak akan pernah masuk ke keluarga itu tetapi tidak dinafikan bahawa Iklil senang bersama keluarga itu namun untuk berkahwin dengan Naufal dia tidak mahu! Akhirnya Whatsapp Naura dibiarkan sepi dan tidak lama kemudian azan Isyak berkumandang. Dia segera menunaikan solat Isyak. 

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now