Iklil Najihah sudah tidak senang duduk. Bukan masalah memasak yang dia risaukan. Masalah Naufal yang paling utama. Memasak itu walaupun dia tidak begitu hebat namun dia jarang gagal. Suruhlah masak apa pun, semua dia akan cuba. Baginya memasak itu bukan sesuatu benda yang susah jika ada usaha. Tambahan pun nasi ayam. Masakan itu merupakan masakan 'malas' dia. Apa tidaknya, tidak perlu memikir untuk masak apa. Hanya sup ayam dan ayam goreng sahaja. Baginya itu mudah.
Dia cuma risaukan penerimaan Naufal terhadap semua itu. Berkali-kali telefon Naufal dihubungi tetapi tidak diangkat. Akhirnya Iklil mengalah. Tuala dicapai dan dia melangkah perlahan menuju ke kamar mandi.
Jam di dinding ditoleh. Sudah pukul 9:30 pagi. Iklil Najihah masih cuba menghubungi Naufal tetapi langsung tidak ada jawapan. Iklil mengeluh lalu bersiap ala kadar. Setelah bersiap, gadis itu menghampiri datuk dan neneknya yang sedang menonton televisyen sambil bersarapan.
"Huish awal cucu awak ni bangun neneknya? Buang tabiat ke?" usik datuknya sambil menghirup kopi. Iklil hanya menjeling sambil mencapai air kosong lalu dituangkan ke dalam gelasnya.
"Itulah atuknya. Saya pelik jugak. Agaknya mak mertua dia telefon suruh bangun kot," kata Hajah Munah sambil tergelak dan serentak dengan itu air di dalam mulut Iklil tersembur.
Hajah Munah dan Haji Salleh memandang pelik. Kotak tisu dicapai.
"Amboi sampai tersedak. Ada apa-apa ke ni?" tanya Haji Salleh.
"Nenek ni. Ada pula kata macam tu. Mak mertua apa nya."
"Aik. Nenek kata je. Macam tak biasa. Hari ni kenapa? Over sensitive?" tanya Hajah Munah hairan. Haji Salleh sudah tersengih.
"Mana ada."
"Kenapa adik bangun awal sangat ni? Dah siap mandi pulak tu. Selalunya liat sangat nak mandi. Ada janji dengan sesiapa ke?" tegur Haji Salleh.
"Haah. Adik nak keluar kejap. Ada hal dengan kawan. Adik balik lewat sikit tau. Tengah hari nanti atuk dengan nenek makan dulu ya. Jangan tunggu adik."
"Haaa yelah. Nenek makan berdua jela dengan atuk harini."
"Adik bagi chance atuk dengan nenek dating. Haha"
"Macam-macam la adik ni. Nak keluar pukul berapa ni? Tudung tak pakai pun lagi?"
"Lepas makan ni, adik pakai tudung lepastu siap-siap terus pergi."
Haji Salleh dan Hajah Munah hanya mengangguk tanda mengerti.
Selesai bersarapan dan berbual-bual dengan datuk dan neneknya, Iklil Najihah meminta diri untuk ke bilik. Jam di dinding menunjukkan angka 10.30 pagi. Iklil bermalasan di atas katil sambil tangannya ligat menghubungi Naufal namun langsung tidak berjawab. Tidak cukup dengan membuat panggilan, Iklil Najihah menghantar Whatsapp pula tetapi hampa apabila terdapat satu tick sahaja dia aplikasi Whatsapp. Iklil mengeluh sambil menuju ke almari untuk mengambil tudung bawalnya yang tersangkut.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda terdapat mesej di aplikasi Whatsapp. Iklil Najihah segera berlari ke katil dan berharap chat tersebut adalah daripada Naufal.
"Kak Jihah datang kan?"
Iklil Najihah membaca dengan perasaan hampa. Abang yang ditunggu, adik pula yang datang. Iklil Najihah hanya menjawab dengan ringkas dan segera berlalu untuk bergerak ke rumah Naufal.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah persahabatan dan cinta. Ini bukan kisah kahwin paksa! Bukan juga kahwin kontrak! Iklil Najihah dan Naufal berkahwin bukan kerana cinta tetapi bukan juga dipaksa. Masing-masing memang tidak sebulu walaupun bersahabat baik. Sayang sebagai kawan...