BAB 12

59 1 0
                                    

Kelihatan kelibat Amirul menghampiri meja yang diduduki oleh Iklil Najihah. Muncul juga anak muda itu walaupun setelah hampir 20 minit Iklil menunggu.

"Maaf kak, saya lambat. Tadi mak buang air. Tak sampai hati pulak nak keluar kalau tak cuci dulu."

"Takpe. Kakak faham. Kakak pun baru je sampai," dalih Iklil Najihah.

"Mari ikut kakak ke kereta," kata Iklil Najihah sambil bangun dan menuju ke kereta yang diletakkan berhampiran kedai itu. Amirul hanya menurut langkah dengan penuh tanda tanya.

Tidak lama kemudian mereka tiba di Nurseri Harmoni. Iklil meletakkan kereta dan mengajak Amirul turut sama ke dalam. Amirul yang terpinga-pinga mengikuti langkah Iklil tanpa banyak soal.

"Jadi ini lah Amirul?" tanya Haji Salleh. Iklil Najihah hanya mengangguk. Haji Salleh menghulurkan tangan untuk bersalaman. Mereka bertiga melangkah ke ruangan pejabat.

"Amirul, ini atuk akak. Namanya Salleh tapi panggil je Atuk. Nenek kakak tak ikut harini. Dia kirim salam. Dia ada aktiviti mengaji harini dengan kawan-kawan jadi tak dapat jumpa Amirul."

Amirul hanya mengangguk tanda mengerti. Di dadanya penuh tanda tanya.

"Mesti Mirul hairan kan kenapa kakak bawa ke sini?" tanya Iklil tersenyum. Amirul mengangguk laju. Memang dia pelik dan hairan apabila memikirkan hal itu.

"Atuk explain ya?"

"Kamu ni. Yelah atuk explain."

"Kakak tunggu dekat luar. Atuk akak explain nanti. Sebab man to man talk lagi ok kan tanpa wanita? He. He. He."

Haji Salleh tergelak. Iklil Najihah sudah keluar mendapatkan Wak Salikun di bahagian belakang nurseri itu.

"Cucu atuk tu memang macam tu perangainya. Jenis ceria gitu. Orang panggil happy go lucky. Atuk terangkan ya keadaaan sebenar supaya kamu tak tertanya-tanya."

Amirul mengangguk tanpa bersuara.

"Begini, semalam kak Iklil tu bercerita dia bertemu kamu dan pergi ke rumah kamu. Jadi dia rasa simpati sangat-sangat dengan nasib kamu. Jadi dia berbincang dengan atuk untuk bantu kamu satu keluarga.

"Kamu nak tak kerja di sini? Ini nurseri atuk. Atuk, nenek, Kak Iklil dan Wak Salikun yang uruskan nurseri ni. Kak Iklil kamu tu masih belajar dekat UiTM Puncak Alam jadi jarang-jarang ada. Atuk dan nenek pulak tak ada la larat sangat nak buat kerja-kerja kat sini. Tak sekuat dulu. Wak Salikun pun macam gitu jugak. Jadi atuk perlukan pembantu Wak Salikun. Kamu berminat tak? Kiranya bukan kami gajikan kamu untuk membantu kamu tapi kamu juga bantu kami?"

"Tapi atuk, saya masih bersekolah walaupun kadang-kadang saya ponteng," kata Amirul perlahan.

"Eh atuk tahu. Atuk dan kakak kamu dah bincang. Kamu masuk kerja lepas tamat sesi persekolahan. Balik sekolah pukul 2 kan? Pukul 3 kamu datang ke sini. Jadi kamu tak perlu kerja sampai lewat pagi lagi. Boleh?"

"Kerja apa je sempat buat atuk kalau pukul 3 baru mula?"

"Takpe, buat je mana yang ada. Jangan fikir sangat pasal tu. Kamu berminat tak?"

Amirul mengangguk tanda berminat. Atuk tersenyum lebar.

"Alhamdulillah. Kalau macam tu esok kamu boleh mula."

Begitulah permulaan kisah hidup Amirul bersama Nurseri Harmoni. Iklil Najihah menganggap anak muda itu seperti adiknya sendiri memandangkan dia tidak punya adik beradik. Pelbagai buku diberikan kepada anak muda yang pintar itu. Berkat tunjuk ajar Iklil dan semangat Amirul, lelaki itu Berjaya mendapat 8A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Iklil Najihah, Haji Salleh dan Hajah Munah begitu bangga dengan pencapaian anak muda itu dan mahu Amirul menyambung pelajaran namun ditolak oleh anak muda itu.

Amirul tidak mahu meninggalkkan keluarganya dan menambah bebanan Iklil sekeluarga untuk membantunya menyambung pelajaran. Seminggu juga Iklil Najihah bermasam muka kerana penolakkan anak muda itu. Akhirnya, Amirul bersetuju untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) setelah didesak Iklil.

Apabila Amirul tamat STPM, Iklil juga tamat belajar. Sekali lagi mereka bertikam lidah apabila Amirul tidak mahu menyambung pelajaran ke universiti. Hal ini kerana dia sudah selesa dan bersyukur dengan apa yang dia ada. Dipujuk Iklil supaya memahami namun Iklil hanya membatu. Akhirnya Amirul berjanji untuk menyambung pengajian secara part-time suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Iklil Najihah terpaksa akur dengan permintaan anak muda itu.

"Oii kak!" tegur Amirul sambil menggoyangkan tangan di hadapan muka Iklil Najihah.

"Haaa ye kenapa?"

"Akak tu mengelamun pulak. Teringat boyfriend ke?" tanya Amirul sambil tersengih. Tangannya lincah membungkus baja daripada guni yang besar kepada plastik kecil supaya senang dijual nanti.

"Hish mana ada boyfriend! Mirul, bila nak sambung belajar?"

"Aduh, akak ni tak ada soalan lain. Nanti Mirul sambung la. Mirul nak focus dengan adik-adik dulu. Mirul sampai STPM je tak apa kot."

"Tapi akak nak Mirul sambung belajar. Pasal adik-adik tu tak apa."

"Ye boss. Nanti saya dah bersedia saya sambung," jawab Mirul bersahaja. Dia bersyukur kerana tuhan pertemukan dia dengan gadis itu. Sejak berkerja di nursery itu, alhamdulillah keluarganya tidak lagi melarat. Ibunya pula kini sudah semakin sembuh walaupun percakapannya masih kurang difahami.

Sebulan bekerja, Iklil memaksa Amirul keluar daripada rumah sewanya yang dahulu dan berpindah ke rumah sewa milik datuknya. Haji Salleh mempunyai beberapa buah rumah yang disewakan. Kebetulan sebulan selepas dia bekerja di situ terdapat salah seorang penghuni di situ berpindah. 

Segera Iklil meminta Amirul berpindah ke rumah berkenaan yang ternyata lebih selesa berbanding rumah terdahulu. Pada mulanya dia enggan kerana tidak mahu berterusan menyusahkan Iklil dan keluarga namun setelah dipujuk dan demi keselesaan ibu dan adik-adik, dia akur dengan syarat gajinya akan dipotong saban bulan untuk sewa rumah.

Namun dia tahu, Iklil Najihah tidak pernah memotong gajinya untuk itu. Masakan dia mampu dengan kerja seperti itu. Malas untuk bertekak dia membiarkan sahaja. Dia bersyukur atas kehadiran Iklil Najihah dalam hidupnya. Gadis itu benar-benar merubah hidupnya. Kasih sayangnya untuk dia dan keluarganya tidak berbelah bahagi. Ibunya, Mak Cik Yati turut dipanggil ibu oleh gadis itu, adik-adiknya juga manja dengan gadis itu. Kadang kala jika cuti sekolah mereka juga datang ke nurseri atau mengikut atuk ke ladang untuk membantu apa yang patut. Iklil sering berkata betapa bersyukurnya dia dipertemukan dengan Amirul, kerana melalui Amirul, dia dapat merasa kehadiran ibu dan adik-adik yang tidak pernah dia ada. Pendek kata, mereka bersyukur dengan kehadiran antara satu sama lain.

Tersentak Amirul daripada lamunan apabila mukanya basah disembur air oleh Iklil. Gadis itu tergelak kuat apabila melihat muka terkejut Amirul.

"Itulah. Kakak membebel, awak berangan. Kan dah kena sembur dengan air."

"Main kasar lah kakak. Masa dia berangan kita rileks je. Masa kita, dia sembur air. Basah Mirul," kata Mirul sambil membuat muka tidak berpuas hati dan dengan pantas dicapai penyembur lalu disembur muka gadis itu.

Mereka sudah tergelak senang.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now