"Macam mana jumpa keluarga Naufal?" tanya Haiqal sewaktu kelibat Iklil Najihah kelihatan.
"Okay je. Keluarga dia baik. Tak macam dia."
"Hish. Dia pun baik. Kau je kata dia tak baik."
"Huh. Langsung tak cakap terima kasih sebab tolong dia. Siap perli-perli aku lagi."
"Gaduh-gaduh sayang," tiba-tiba ada suara menyampuk dan mengambil tempat di sebelah Haiqal. Tangannya meletakkan sepiring sos dan sepinggan keropok lekor di atas meja.
"Eh Syira pun ada."
"Haah. Saja nak ikut korang lepak petang ni. Eh nak minum apa? Kitorang dah order."
"Lupa pulak."
Iklil Najihah bangun dan menuju ke kaunter untuk memesan minuman. Setelah selesai, dia kembali duduk bersama Haiqal dan Insyirah.
"Anak-anak mana?"
"Tadi aku dengan Syira keluar, tengah tidur. Malas nak tunggu diorang bangun. Aku tinggalkan je dengan adik aku. Kebetulan dia balik minggu ni," terang Haiqal.
Iklil Najihah hanya mengangguk tanda mengerti. Hidayah merupakan satu-satunya adik Haiqal. Mereka hanya dua beradik. Gadis manis itu kini sedang menyambung pelajaran di UiTM Jengka. Gadis itu sering pulang ke rumah untuk menemani ibunya yang tinggal keseorangan.
"Jadi macam mana family Naufal?" tanya Insyirah sedikit mendesak.
"Keluarga dia okay je."
"Aku yakin nanti family dia akan pinang kau," kata Haiqal yakin sambil menyuap pisang goreng ke dalam mulutnya. Insyirah hanya tersenyum tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya.
"Memang tak lah aku nak terima. Lagipun memang keluarga dia takkan pinang sebab reputasi aku teruk kot tadi hahahaha," jawab Iklil yakin sambil tergelak besar.
"Okay let see!" jawab Haiqal sambil tersengih jahat.
"Jangan nanti ada orang cari suami Syira sambil nangis-nangis sudah lah. Kan bang?"
"Itulah. Masa tu kita gelakkan dia puas-puas eh sayang?"
"Mestiii!!" jawab Insyirah riang. Pasangan suami isteri itu galak dengan gelak ketawa. Iklil Najihah memandang geram. Rasa mahu dicekik sahabatnya yang berdua itu.
"Doalah elok-elok untuk aku. Tak baik tau korang ni."
"Naufal tu baik lah. Apa lagi yang kau nak?" kata Haiqal.
"Aku tak nak dia. Korang tahu kan, aku dengan siapa dan aku tunggu siapa?"
"Farid lagi?" tanya Insyirah. Iklil mengangguk. Haiqal hanya mampu mengeluh.
"Syira tak rasa dia serius dengan Iklil. Sorry to say, tapi kalau Syira jadi Iklil, Syira dah move on. Sampai bila nak tunggu?"
"Sampai dia bersedia lah."
"Berapa tahun lagi dia akan bersedia? 2 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?" tanya Haiqal serius. Dia bukan apa, dia geram dengan Iklil yang sanggup membuta tuli menunggu lelaki itu. Dia juga geram akan Farid yang seperti mempermainkan gadis itu. Memberi harapan yang tidak menampakkan masa depan. Kasihan Iklil yang begitu tulus cinta dan sayangkan lelaki itu sepenuh hati.
"Korang jangan lah serius sangat. In sha allah ada tu nanti. Pasal keluarga Naufal, nanti Naufal akan uruskan. Jadi antara kami memang takkan ada apa-apa."
"Syira doakan yang terbaik. KalauNaufal jodoh yang Allah takdirkan untuk Iklil, macam mana korang tolak pun diatetap datang juga."
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah persahabatan dan cinta. Ini bukan kisah kahwin paksa! Bukan juga kahwin kontrak! Iklil Najihah dan Naufal berkahwin bukan kerana cinta tetapi bukan juga dipaksa. Masing-masing memang tidak sebulu walaupun bersahabat baik. Sayang sebagai kawan...