BAB 5

50 1 0
                                    

Jawapan Farid benar-benar memeranjatkan Iklil Najihah. Lelaki itu dengan selamba membenarkan Iklil menjadi teman wanita olok-olok Naufal. Iklil sedikit berjauh hati dengan reaksi Farid seolah-olah tidak takut kehilangan dirinya. Siapakah sebenarnya dia di hati Farid? Apakah cuma kawan biasa? Apabila Iklil bertanya, Farid hanya tertawa dan berkata Iklil hanya menyamar menjadi teman wanita Naufal bukannya menjadi teman wanita sebenar.

'Lelaki... mudah sangat buat keputusan tanpa fikir baik buruk,' desis hati Iklil.

Harinya tiba, pagi itu Naufal menjemputnya untuk dibawa ke rumahnya. Pesannya ringkas, jangan berbaju kurung. Pakai sahaja jeans dan tshirt. Katanya Iklil hanya perlu menjadi diri sendiri dan ibunya pasti tidak akan menyukai perempuan sekasar Iklil.

Iklil bersiap ala kadar sambil menyumpah di dalam hati. Baginya Naufal benar-benar melampau. Sudahlah minta bantuan daripadanya tetapi lelaki itu berlagak pula. Jika tidak dikenangkan janjinya dengan Haiqal tentang kebenaran Farid, mahu sahaja dia menolak permintaan lelaki itu.

"Dah ready nak jumpa keluarga mertua?" tegur Naufal apabila Iklil melangkah masuk ke dalam kereta.

"Jangan cari pasal boleh?"

"Okay, fine. Nak bergurau pun tak boleh."

"Bukan masa nak bergurau. Aku takde mood ni nanti aku tak nak pergi baru kau tahu."

Naufal hanya berdiam diri membiarkan Iklil. Dia memfokuskan pemanduannya dan tidak sampai 20 minit mereka sudah tiba di hadapan rumah Naufal. 

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now