"Nora, Zinirah, sudah siap belum?"Sayidah, ibu kepada mereka berdua bertanya sambil menuang air teh ke dalam gelas dan menyediakan sarapan untuk mereka berdua.
Lalu Nora dan kakaknya berlari-lari anak sambil menggendong beg sekolah mereka ke meja makan. Abangnya yang bernama Rafiq pula sudah sarapan dan kini sedang menunggu kakak dan adiknya di ruang tamu. Lalu Nora dan kakaknya dengan pantas makan roti dan minum teh yang telah disediakan oleh ibu mereka. Kemudian mereka menyalam ibu mereka diikuti dengan pemberian duit belanja mereka. Mereka pun berangkat keluar. Ayahnya berkerja sebagai pemandu teksi dan setiap pagi ayah mereka akan menghantar mereka ke sekolah sebelum mula bekerja.
Hari pertama ke sekolah tetapi mereka tetap bangun lewat. Sibuk membuang masa mengguna handphone dari berehat pada waktu malam. Abangnya pula, pada jam 10.30 sudah ketiduran. Abang mereka telah menjadi alarm mereka pada waktu pagi. Dialah yang akan mengejutkan mereka.
Ayahnya tertunggu-tunggu di bawak blok di dalam teksinya. Lalu mereka bertiga berlari ke arah ayahnya dan menaiki teksi ayah mereka. Pagi pagi saja sudah banyak berlari.
"Lambatnya! Lama papa tunggu", ayah mereka memarahi mereka tetapi mereka hanya tersengih sahaja. Ayahnya tahu Rafiq hanya sekadar menunggu adikm beradiknya maka dia tidak memarahinya.
"Sorry lah papa. Next time we won't be late" Nora berjanji tetapi hanyalah janji kosong.
"Banyaklah next time eh", ayahnya tahu itu hanyalah sekadar janji kosong kerana itu bukan kali pertama Nora berkata sedemikian. Ayahnya hanya boleh berharap Nora akan menukar sikapnya itu.
Mereka pun mula bergerak ke destinasi mereka. Setelah mereka sampai ke Madrasah, mereka pun menyalam ayah mereka dan keluar daripada teksi. Lalu mereka pun berpisah disebabkan kelas yang berbeza.
Jam menunjukkan ia sudah 07.28. Nasib baik tidak lambat, fikir Nora.Asalkan tidak lambat okey lah tu..
"Nora!", kedengaran suara sekumpulan perempuan yang amat dia kenali dari belakang semasa dia sedang berjalan ke kelasnya.
Nora pun berpaling dan tersenyum apabila dia ternampak keempat-empat kawan karibnya yang sedang berjalan ke arahnya. Senyumannya resap apabila dia ternampak Shah dan Fatin berjalan bersama mereka. Kenapalah harus ada mereka bersama kawan karib aku, fikir Nora. Nora benci sama mereka. Tetapi Nora tetap cuba untuk bersenyum supaya mereka tidak tahu perasaannya yang sebenar. Lalu mereka bersalam-salaman antara satu sama lain dan mula bergerak ke kelas mereka. Pada tahun baru ini, mereka pun telah masuk ke peringkat Menengah 3.
Apabila mereka sudah sampai ke kelas mereka, mereka pun memilih tempat duduk mereka. Kelas pada masa itu sudah pun penuh. Tujuh tempat sahaja yang tinggal, itulah tempat mereka. Itulah, jikalau lambat, tidak dapat nak pilih tempat duduk, kan rugi. Lalu mereka pun duduk di tempat yang kosong itu. Pada masa yang sama, guru besar kelas mereka pun tiba. Kelas mula berjalan seperti biasa.
Sekolah di madrasah itu, lain sedikit. Lelaki dan perempuan tidak digalakkan bergaul. Itulah apa yang disukai Nora. Dia rasa gembira kerana agamanya melarang pergaulan di antara dua kaum yang bukan mahram mereka. Nora benci lelaki. Amat amat bencikan kaum lelaki. Ini semua disebabkan pengalamannya pada masa lalunya itu. Dia tidak mahu semua itu berulang lagi.
YOU ARE READING
Muda Muda Dah Nak Kahwin?
Romance[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yan...