Well, Alam Ghaib ni adalah satu benda yang wajib kita percaya sebab dalam agama kita sendiri telah mengakui adanya alam ini yang mana takkan mampu dilihat menggunakan mata kasar kita. Ada sesetengah orang cakap dia boleh tengok alam kedua ni dengan membuka 'hijab mata' atau mata batin atau mata ketiga (third eye), maybe leh percaya sebab Ilmunya tu. Kata orang ada caranya untuk membuka hijab mata ni. Ada satu movie Indonesia bertajuk Mata Batin yang berkisarkan tentang hijab mata ni. Sekali da bukak, hadaplah sensorang. Ada sebab kenapa kita tidak boleh melihat Alam Ghaib ini. Jangan di lawan fitrah alam.
Namun, kadang-kadang, tanpa membuka hijab mata ini pun kita mampu melihat apa yang ada di alam ghaib. Mungkin secara kebetulan, mungkin juga disengajakan oleh penghuni alam ghaib tersebut. Aku pernah jugak la tengok makhluk alam ni masa kecik-kecik dulu. Antaranya Akhir 80an. Usia baru menginjak 7 tahun. Takkan aku lupa pontianak yang mengganggu majlis perkahwinan jiran nenek aku. Masa tu tengah syok berjoget lambak. Aku baru naik dari baruh sampai je atas tu, memang penuh dengan penduduk kampung yang datang meraikan, seingat aku lepas Isya'. Tiba-tiba terdengar hilaian ketawa pontianak tu, masing-masing terdiam, muzik pun sama terhenti. Jelas hilaian tawa tu dan masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Mak aku dah pegang tangan aku kemas, mata kami semua melilau cari dari mana punca suara tu sampailah kami semua ternampak pontianak tu tengah bertenggek atas salah satu pokok getah yang ada di seberang jalan. Sumpah menakutkan bila dia bertenggek macam tu tak bergerak tapi hilaian ketawa dia memecah kesunyian malam.
Apa lagi, bertempiaran semua penduduk yang ada tu lari. Lari sebab takut, cuak! Aku di heret mak aku balik ke baruh dalam keadaan gelap. Hilaian tawa pontianak tu masih kuat kedengaran. Sampai rumah nenek, kami masuk kunci pintu and atok aku ntah ape dia buat, terkumat kamit depan pintu rumah dan kendian baca ape tah then hembus kat ubun2 kepala aku. Dak kecik kannnn hahaha. Itu antara kejadian yang pernah aku lalui. Last kelibat yang aku pernah nampak masa aku ikuti hiking kat gunung ledang tahun 1999. Tak pelah lain kali cite, so now, aku nak share kelibat-kelibat popular yang pernah trending kat Malaysia satu masa dulu. Next entry, kite cite pasal Highland Towers! Nak dak? Miahahaha
1. #Hantu Budak Cina Tol Plaza
Ni adalah gambar dari sebuah akhbar Cina pada tahun 2007 kalau tak silap, aku pun rasa tak pasti kalau pihak akhbar sendiri perasan dengan kelibat budak pakai baju biru yang tiberrrr ada kat situ. (carila sendirik! miahaha) gambar ni diambil selepas berlakunya kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandu bas tersebut.
2. #Hantu Kereta Remuk