Pernah dengar tentang Ayla ni? Satu kisah yang sangat menarik, bagi aku seakan dongeng yang bagus untuk diceritakan, tapi kisah Ayla ni penuh dengan air mata, tragik dan suka duka. Oleh kerana aku agak free arini, tak di endahkan... Tak apa lah... aku sorang je pun kat pejabat ni... Jadi, mari baca cerita tentang Ayla ni....
Perang Korea tercetus pada 25 Jun 1950 dan berakhir pada 27 Julai 1953. Perang ni berlaku bila 75,000 askar dari Democratic Peoples Republic of Korea telah melintasi garisan "38th parallel boundary" yang memisahkan antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Korea Utara mendapat sokongan dari Soviet Union (sebab durang pun kan komunis) dan Korea Selatan dapat sokongan dari Barat khususnya Amerika Syarikat. Masa tu, seluruh dunia risau akan berlaku Perang Dunia 3 dan keadaan semakin memuncak dengan gerakan komunis yang menular ke seluruh dunia.Disebabkan itu, perang Korea adalah satu cara untuk membanteras penularan kuasa komunis ke belahan dunia lain. Perang Korea berlangsung hanya selama 3 tahun tetapi jumlah kematian dari perang tersebut adalah seramai 5 juta orang.
Perang ini berakhir dengan persetujuan genjatan senjata dan penguatkuasaan semula garisan 38th parallel boundary. Korea Selatan telah diberikan 1,500 sm tanah dan kawasan sempadan sepanjang 2 batu telah ditetapkan sebagai "demilitarized area" hingga hari ini.(Suleyman Dilbirliğı dan Ayla)
Jadi, apa kaitannya Perang Korea dengan Suleyman dan Ayla? Ok masuk part diorang, Suleyman Dilbirliğı adalah seorang askar berpangkat sarjan berasal dari Kahraman yang di tugaskan di Iskenderun di bawah unit penyeliaan kenderaan dan jentera ketenteraan. Selepas tercetusnya perang Korea, Turki menjadi salah sebuah negara yang terawal menghantar kumpulan askar pengaman di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Korea.
Pada 17 September 1950, seramai 5090 askar Turki termasuk Suleyman telah bertolak ke Korea dengan menaiki kapal perang Amerika Syarikat. Bridget tersebut diketuai oleh General Tahsin Yazici. Mereka tiba di Korea dan disambut oleh Nuran seorang pegawai penterjemah untuk askar Turki.
Kemudian, mereka berkonvoi ke kawasan kem mereka yang baru, sebelum diserang oleh sekumpulan tentera lawan dalam perjalanan ke kem. Kenderaan yang membawa mereka rosak akibat diletupkan tentera lawan. Jadi mereka terpaksa berjalan kaki menuju ke kem yang akan menempatkan mereka. Masa dalam perjalanan ke kem itu, kedengaran bunyi sayup-sayup dari dalam semak.