Ed Gein - The Leatherface

353 13 72
                                    

Agak-agak generasi sekarang kenal dak dengan pakcik Ed Gein ni? Pada yang tak kenal... Meh aku kenalkan.. Awak-awak sekalian, ini Uncle Ed, dia ni pembuat perabot dari kulit manusia yang tersohor sekali pada zaman dahulu kala! So pada sesiapa yang suka decoration perabot antik & pelik-pelik,bolehlah skroll tengok collection si Ed ni.

Aku rasa nama Ed Gein dlm dunia pembunuhan memang dah banyak sgt diperkongsikan dalam media sosial. Aktif Membunuh dengan sangat sadis sekali pada era 50an. Bagi yang dah pernah baca pasal Uncle Ed ni, bolehlah kalau-kalau korang nak repeat baca balik sambil belajar macamana mamat mental belajar ni jahit tepi, jelujur kasar, halus tebal kepala bana dia.

 Bagi yang dah pernah baca pasal Uncle Ed ni, bolehlah kalau-kalau korang nak repeat baca balik sambil belajar macamana mamat mental belajar ni jahit tepi, jelujur kasar, halus tebal kepala bana dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edward Theodore Gein a.k.a Ed Gein. Lahir sekitar tahun 1906 dan tinggal dekat kawasan terpencil di Winconsin USA. Keluarganya menyara kehidupan dgn menternak haiwan macam kambing,babi dll. Ada seorang adik & hidup bersama ibu yang ada masalah mental. Kawan-kawan dan guru sekolah Ed, menyifatkan dia ni seorang yang pemalu, dan sering berada dalam dunia dia sendiri. Ada sikap pelik-pelik yang mana kadang-kadang dia boleh ketawa terbahak-bahak secara tiba-tiba.

Pihak sekolah menyalahkan ibu Ed yang terlalu tegas dan seringkali menghukum Ed setiap kali dia cuba bersosial atau berkawan. Disebabkan itu, keseluruhan masa kanak-kanak Ed adalah keseorangan. Ibu Ed selalu mengurung Ed dan adiknya Henry dalam kandang, hari-hari Mak si Ed ni akan bacakan buku Bible dan brainwash durang berdua, cakap yang dunia ni penuh kejahatan, semua wanita adalah pelacur jahat dan minum arak serta perlakuan tidak moral adalah kerja syaitan. Saiko beb mak dia... Namun begitu, Ed dikenali sebagai seorang yang sangat menyanyangi ibunya lebih dari segala hal.

Sampailah satu hari, adik Ed telah mati kerana kemalangan ketika cuba memadamkan kebakaran di ladang mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampailah satu hari, adik Ed telah mati kerana kemalangan ketika cuba memadamkan kebakaran di ladang mereka. Pada mulanya Ed laporkan adik dia hilang tapi malam kejadian, mayat Henry ditemui dan didapati mati akibat sesak nafas. Pada mulanya polis rasa kematian Henry adalah disebabkan oleh kebakaran tu tetapi post mortem mayat Henry menyatakan dia mati sebelum kebakaran dan terdapat lebam di kepala Henry. Polis suspek yang Ed telah membunuh Henry tetapi ketiadaan bukti menyebabkan Ed dilepaskan. Kematian Henry membuatkan ibunya semakin gila turut diserang penyakit strok. Ed menjaga ibunya dengan baik. Melayan kerenah ibunya yang kadang-kadang tak boleh control. Memaki hamun, menjerit-jerit dan kadang-kadang nak bunuh diri. 

Biasanya Ed akan tenangkan ibunya dengan cara memeluk dari belakang atau mendodoikan ibunya ketika tidur.

#FucktaCreepyWhere stories live. Discover now