The Setagaya Family Murder

460 18 29
                                    

Kisah Pembunuhan Keluarga Miyazawa

"Setagaya Family Murder" ni adalah kejadian pembunuhan kejam empat sekeluarga yang berlaku pada 30 Disember 2000 di Setagaya, Jepun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Setagaya Family Murder" ni adalah kejadian pembunuhan kejam empat sekeluarga yang berlaku pada 30 Disember 2000 di Setagaya, Jepun. Hingga ke hari ini, suspek masih lagi belum berjaya dikenal pasti dan ditangkap.

Diringkaskan sedikit cerita, Si suami iaitu Mikio Miyazawa merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat firma konsultan yang bertapak di London, manakala isteri dia bernama Yasuko pulak adalah seorang guru. Mereka ada dua orang anak, seorang lelaki bernama Rei yang berumur 6 tahun dan seorang lagi anak perempuan mereka bernama Niina yang berumur 8 tahun. Mereka ni macam kebanyakan keluarga biasa lain yang hidup bahagia hinggalah pada tanggal 30 Disember 2000. 

Pada tahun 1990, keluarga Miyazwa ni telah berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang agak jauh dari bandar. Pada awalnya, kawasan perumahan tu dihuni oleh lebih dua ratus sekitar buah keluarga. Tapi, lama-kelamaan kebanyakan daripada mereka semua tu berpindah. Punca, tak pastilah kenapa. Hingga tahun 2004, hanya empat buah keluarga sahaja yang tinggal di kawasan perumahan tersebut. Jumlah tu termasuklah mak mertua Mikio, iaitu mak kepada Yasuko yang tinggal di sebelah rumah Mikio sendiri. Dua lagi buah keluarga tinggal di rumah seberang jalan. Rumah Mikio terletak di belakang sebuah taman yang khas untuk orang main skateboard. Sebenarnya taman ni cukup tidak disukai oleh Mikio sebab bunyi bising dari taman itu agak mengganggu mereka. Sebelum kejadian itu, ada saksi mengatakan Mikio bergaduh dengan orang yang main skateboard kat situ beberapa hari sebelum kejadian, malah ada juga saksi mengatakan Mikio bergaduh dengan Bōsōzoku (Geng Rider Motooo).

 Sebelum kejadian itu, ada saksi mengatakan Mikio bergaduh dengan orang yang main skateboard kat situ beberapa hari sebelum kejadian, malah ada juga saksi mengatakan Mikio bergaduh dengan Bōsōzoku (Geng Rider Motooo)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(The Setagaya Skate Park)

Walaupun rumah mereka ni kelihatan macam sebuah sahaja tetapi sebenarnya ia terbahagi kepada dua rumah. Kira ada dua bahagian lah. Senang cerita rumah berkembar. Satu rumah diduduki oleh Mikio sekeluarga manakala satu rumah lagi diduduki oleh Mak Yasuko bersama-sama dengan kakak Yasuko dan suaminya. Mak Yasuko lah orang pertama yang nampak mayat mereka di dalam rumah tersebut. Lebih kurang jam 11.30 malam, ibu Yasuko yang tinggal bersama kakak Yasuko ni telah terdengar satu bunyi bising di rumah Mikio. Tapi, ibu Yasuko langsung tidak mengesyaki apa-apa masa tu. Keesokan hari, ibu Yasuko cuba untuk menelefon Yasuko. Namun, panggilan tu gagal. Disebabkan rasa curiga, maka ibu Yasuko pun pergi ke depan pintu rumah Mikio. Loceng pintu ditekan berkali-kali, tapi still tak ada respon. Jadi, ibu Yasuko decide untuk membuka pintu rumah Mikio dengan kunci pendua yang disimpannya. Sebaik pintu berjaya dibuka, ibu Yasuko menemui mayat keluarga Miyaza dan kemudian terus menghubungi pihak polis.

#FucktaCreepyWhere stories live. Discover now