Baru-baru ni, suspek pembunuh bersiri yang menjadi inspirasi utama dalam filem Korea, Memories of Murder (2003) akhirnya dapat dikenal pasti selepas berpuluh-puluh tahun. Kes tu sebenarnya dah diconsider sebagai Cold Cases sebab pihak polis tak berjaya pun carik dalang yang melakukan pembunuhan tersebut. Namun, akhirnya pada tahun 2019 iaitu selepas 33 tahun jenayah tersebut berlaku, penjenayah yang amat dicari-cari tu akhirnya ditemui. Itupun.... memang dah dalam custody kerana jenayah lain yang dibuatnya! Pelaku pembunuhan tersebut bernama Lee Choon-Jae yang melakukan jenayah tersebut sekitar tahun 1986 hingga 1991. Dia telah mengaku melakukan 14 pembunuhan. 10 daripadanya di Hwaseong, sebab tu lah dikenali sebagai Hwaseong Serial Murders.
Mangsa-mangsa yang dikenalpasti;
1986
September 15: Lee Wan-I'm, 71
October 20: Park-Hyun-sook, 25
December 12: Kwon Jung-bon, 25
December 14: Lee Kye-sook, 231987
January 10: Hong Jim-young, 19
May 2: Park Eun-joo, 29
1988
September 7: Ahn Gi-soon, 54
September 16: Park Sang-hee, 14
1990
November 15: Kim Mi-jung, 14
1991
April 3: Kwon-Soo-sang, 63Kes ini juga merupakan kes pembunuh bersiri pertama Korea dan selalu di bandingkan dengan Zodiac Killer tapi modus operandinya berbeza, Kalau Zodiac ni dia bunuh tapi tak rogol. Yang dia ni, Rogol dan Bunuh dengan mencekik hingga mati mangsa menggunakan pakaian mangsa sendiri. Mayat ditemui dalam longkang dan diikat. Tahu tak... seramai 2 juta pegawai polis terlibat dalam siasatan ini dan 21 ribu suspek telah disoal siasat dek kerana mamat Lee Choon-Jae ni. Jilake btul. Ikutkan cerita, sketch wajah suspek ni dibuat selepas mendapat laporan dari seorang pemandu dan konduktor bas, suspek menaiki bas mereka pada malam pembunuhan ke-7 itu berlaku dan hasil dari sketch tersebut sama dengan mangsa yang terselamat daripada serangan sexual penjenayah tersebut.
Lee (56 tahun), sebenarnya dah lama dalam tahanan polis. Dia skang tengah menjalani hukuman penjara seumur hidup di Busan kerana jenayah merogol dan membunuh adik isterinya pada tahun 1994, dia mengaku atas segala jenayahnya ketika sesi soal jawab siasatan terhadapnya bermula dari bulan Ogos lepas.
Dia dikenalpasti kerana terlibat dalam pembunuhan salah seorang dari 10 orang wanita yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di perkampungan Hwaseong, Seoul. Agensi Polis Daerah Gyeonggi Nambu berkata dia dikenalpasti bila agensi forensik negeri menemui DNA dari seluar dalam mangsa sepadan dengan DNA Lee Choon-Jae ni! Haprak!🤬
Polis menyoalnya sebanyak 9 kali dalam masa 2 minggu selain meminta bantuan daripada profiler jenayah. Akibat banyak bahan bukti baru, Lee akhirnya mengaku melakukan 3 pembunuhan di mana jejak DNAnya ditemui dan termasuk 6 lagi pembunuhan di Hwaseong. Dia juga mengaku melakukan lima lagi pembunuhan, termasuk dua kes yang tidak dapat diselesaikan di Cheongju, Wilayah Chungcheong Utara, di mana dia tinggal di situ pada awal 1990-an dan membunuh adik iparnya. Ini bermakna dia melakukan 14 pembunuhan secara keseluruhan.
Walaupun kes ini berjaya dirungkai, namun Lee tidak akan dihukum atas kesalahannya itu kerana statute of limitations sudah tamat tempoh pada April 2006. Tetapi ramai yang meminta kes tersebut dibuka semula untuk siasatan. Walaupun macam tu, rasa puas hati sebab akhirnya dapat tahu jugak siapa pembunuh sebenar kalau nak dibandingkan dengan Cold Cases lain yang sampai bila-bila pun takkan tahu siapa pelakunya.