(Last ever known picture of Bela Kiss)
Kali ni aku nak bawak korang merentas lautan pergi ke negara Hungary sebuah negara yang tak berapa popular untuk berkenalan dengan Bela Kiss. Nama macam nama perempuan kan? Tidak, dia bukan perempuan maupun khunsa atau sajat. Dia adalah saitonnn bertopengkan lelaki.
Béla Kiss adalah seorang pembunuh bersiri Hungary yang aktif melakukan pembunuhan pada sekitar pemulaan abad ke 19. Dia ni jugak dikenali sebagai Hungarian Vampire, penghisap darah kerana rata-rata korbannya ditemukan terdapat bekas gigitan kecil seperti menggunakan gigi taring. Kiss dilahirkan pada 28 July 1877 di Izsák, Hungary dan berkerja sebagai Tinsmith (membaiki barang-barang yang dibuat daripada tin).
Kisah Bela Kiss bermula di sebuah bandar yang dikenali sebagai Cinkota, 11 KM daripada bandar Bidapest. Pada usiam 23 tahun, si Bela ni menyewa sebuah rumah di 9 Kossuth Street di bandar itu. Bela Kiss ni adalah seorang yang agak kaya, kacak dengan rambut perang dan bermata biru cerah serta sangat disenangi oleh jiran-jirannya. Tak ramai yang tahu bahawa si Bela ni seorang kaki perempuan dan suka berparti.
11 tahun selepas dia berpindah ke Cinkota, Bela berkahwin dengan seorang wanita yang 15 tahun lebih muda darinya bernama Marie. Namun, setahun kemudian, si Marie ni buat hal. Bermain kayu besbol di belakang Bela dengan seorang tukang ukir tempatan bernama Paul Bikari. Macam belangkas la dua ekor ni bila penduduk sering ternampak mereka bersama-sama di bandar hinggalah tiba-tiba, kelibat dua ekor ni tidak kelihatan lagi. Bila ada yang bertanya kepada Bela, dia cuma angkat bahu dan kata "Ntahhhh.... maybe mereka berdua dah kawin lari. ke America kot." macam tu lah lebih kurang kata dia.