Ivan Milat dilahirkan pada 27 December 1944 di Guildford, New South Wales, Australia. Anak daripada pasangan yang berasal daripada Croatia ini merupakan anak kelima daripada 14 orang adik beradik. Dari kecik si Ivan ni memang menunjukkan sikap suka menyendiri dan anti-sosial sampaikan dia cuma bersekolah dari rumah sahaja sejak umur 13 tahun. Pada umur 17 tahun dia disabitkan dengan jenayah pertama iaitu mencuri dan dimasukkan dalam Pusat Tahanan Juvenile. Then ketika dia umur 19 tahun, dia dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah pecah masuk. Kemudian pada tahun 1968, dia sekali lagi ditangkap untuk jenayah pecah masuk dan cuma sebulan selepas di bebaskan, dia ditangkap lagi kerana memandu kenderaan curi. pada tahun 1971, ketika dia berumur 27 tahun, Ivan disabitkan kesalahan menculik dua orang gadis yang menumpang kenderaannya dimana salah seorang daripadanya telah dirogol oleh Ivan. Kira dia ni kerja keluar masuk penjara je ni. Rekod dah setebal buku sejarah.
Selepas dibebaskan daripada kes-kes jenayah tersebut hasil daripada bantuan Lawyer keluarganya, si Ivan ni mula berkerja sebagai pemandu kenderaan berat bersama syarikat Roads & Traffic Authority di Belanglo State Forest selama lebih kurang 20 tahun tanpa kes jenayah serius. Ivan digelar sebagai The Backpacker Killers, kerana Ivan adalah seorang pembunuh bersiri yang bertanggungjawab diatas kematian tujuh backpackers di sekitar Belanglo State Forest, Australia sekitar tahun 90an.
7 pengembara yang terkorban (Sumber: The New Daily)
Kesemua mangsa pembunuhannya adalah dua rakyat Britain Caroline Clake 21, dan Joanne Walters 22, dua rakyat tempatan James Gibson serta Deborah Everist keduanya berusia 19 tahun, selain tiga pengembara German dikenali sebagai Simone Schmidl 21, Anja Habschied 20, dan Gabor Neugebauer 21.