Perfume TV series (German)
Pernah tak tengok filem Perfume 2006? Mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kelebihan mengenal beribu bau yang berbeza bahkan dia boleh buat adunan tertentu. Cerita ini berdasarkan dari historical fantasy novel oleh seorang penulis dari German bernama Patrick Süskind yang menerbitkan best selling thriller fantasy bertajuk Das Parfum diterbitkan pada tahun 1985 yang kemudiannya di adaptasi menjadi sebuah filem bertajuk Perfume: The Story of a Murderer. (best cite neh. Recommended untuk yang belum pernah tengok) Ia berlatar belakangkan negara France pada tahun 1800, Jean-Baptiste Grenouille (Ben Whishaw) adalah merupakan watak utama dalam novel ini. (P/s: Kenal tak banner tu? hihihi) Untuk mendapatkan pelbagai bau, cara paling mudah adalah dengan membunuh. 😑
Jangan fikir secara hitam dari segi tayangan seksual melampau, fikir dari segi mentalnya pembunuh tersebut. Pernah kita bayang, pembunuh misteri itu di kalangan kita saja! Kita mesti tak sangka cinta itu boleh membunuh. Sebab 9 akal seorang lelaki boleh jatuh dengan 1 nafsu.
Berbalik dari tajuk kupasan cerita kali ini, macam biasa aku berminat dengan genre detektif dan berunsurkan siasatan. Aku memilih TV siri Le Parfum atau Perfume dari German ini sebagai pengisian nurani aku, (Uhai... Nurani bai haha 🤣)
Bermula dari satu kes polis yang dilaporkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan bogel, rambutnya dicukur, ketiak dan alat sulit bawahnya juga dipotong. Rupa-rupanya adalah antara rakan baik detektif yang menyiasat kes tersebut semasa zaman sekolah dulu bernama Katherine (K). Ini mendorong dia untuk terus mengorek dan mengoreeekkkk "ahhh dapp" hahaha tiber 😂. Dalam masa yang sama beberapa mayat termasuk seekor kungkung (tahu? hahaha) ditemui dengan corak kematian yang sama menyebabkan polis beranggapan kes ini adalah kes pembunuhan bersiri. Tahu atau tidak, bahagian-bahagian yang dipotong tadi adalah bahagian kelenjar yang menghasilkan bau paling ketara. Pada mulanya pihak polis pun pelik kenapa bahagian-bahagian itu sahaja yang di potong?
Sebelum detektif tahu pangkal cerita, layaran cerita ini buka flashback masa zaman persekolahan mereka. K ni popular dengan kesundalan dia. Yang dia cari hanya nikmat seksual saja. (spoiler 😋) Ramai gak lelaki yang tergila-gilakan si K ini, yang si Elena (isteri kepada lelaki yang menemui mayat K) banyak makan hati. Lelaki yang dia suka, sukakan K. Paling dia sedih, lelaki yang tak dapat K lepaskan nafsu kat Elena.
Elena ini pula suka baca novel bunuh-bunuh. Dia beritahu kawan-kawan tentang cara mendapatkan bau cinta dari novel PERFUME yang dia baca. Semua langkah-langkah nak distill perfume dari novel itu. Bayangkan, setiap manusia ada bau tersendiri, macam bau aku yang kepam tapi harum-harum ini kene pakai batu tawas kot baru ada wangi lebihhh sikit hahaha.
Namun, ada sesetengah orang tak perlu mandi beria, tak payah pakai tawas beria sental sampai nipis kulit ketiak dah mampu menghasilkan bau yang membuatkan orang suka sampaikan meransang nafsu syahwat. Emmm seduuuttt dalam-dalammmm aaahhh ... hahah
Begitu juga dengan K, bau dia itu membuatkan ramai tergilakan dia. Elena merancang membuat beberapa eksperimen dan mangsa pertama adalah seorang budak. Satu hari nanti dia akan cipta wangian yang buat orang lain gilakan dia juga. Setelah beberapa perfume badan mangsa dikumpul dicampur sehingga dapat cipta satu botol yang cukup power. Sekali calit, semua orang suka, lelaki pula sampai naik gila. Habis rosak kelenjar menghasilkan dopamin yang berlebihan macam pheromones. Gituwww... 🤤
Detektif yang bertugas pula ada masalah peribadi. Berskandal dengan bos sendiri, sudah berkeluarga. Bila dah mengandung, bos dia suruh gugurkan kandungan dan dia buat keputusan nak fokus famili. Dasar kungkung bos dia ni. Bila dah kena tinggal tu detektif ini rasa macam nak calit minyak dagu bagi bos dia gilakan dia semula. So, bila dia dapat tahu tentang kajian geng Elena dengan novel PERFUME itu dia syak, ada kaitan dengan kematian K. Dia cuba curi sampel bra si mati K, dia suruh beberapa lelaki bau. Dia suruh lelaki bau bra dia juga. Ternyata, semua lelaki sukakan bau K. 🤣🤣 (ade ek camni)
Dalam kesedihan itu, dia tekad nak cari master perfum yang dikatakan itu. Akhirnya....
Terbongkar semua dan dia jumpa perfume power itu. Perempuan itu nasihat jangan jadi macam dia. Terlebih pakai sampai hancur hidup.
Haih, berat cerita ni. Sebenarnya aku serba salah nak up cerita ini tapi bagi yang otak bersih macam aku akan fikir tentang mondus operandi pembunuhan je. Yang tak boleh kawal nafsu aku tak galakkan korang tengok cerita ini. (Promote benaqnya ni 😁)
Bab bau ni, bagi aku la... aku tak dak bau... hahaha, lepas main bola je ada bau cikit tp mmg aku xdak bau dan jarang lah aku pakai perfume sebab aku malas nak beli. Yang kau tu ketiak berbau tapi tak sedar diri lagi? Bye.
Yang sentiasa perasan wangi,
D'Lucifer 😘