完全自殺マニュアル/Kanzen Jisatsu Manyuaru/PANDUAN LENGKAP BUNUH DIRI
Penulis buku : Wataru TsurumiTahun dikeluarkan : 1993
Sebab dikeluarkan?
Wataru menujukan buku ini untuk warga Jepun yang diistihar sebagai antara negara yang mencatat kes bunuh diri tertinggi. Jumlah jualannya ketika berada dipasaran melebihi 1 juta salinan.
Apa isi didalam buku ini? Yalahh, dah namanya buku bunuh diri kan? Terang bersuluh dah title depan cover dia. Buku ini menyediakan bermacam cara untuk suicide. Wataru catatkan satu persatu step yang perlu diambil bagi permulaan membunuh diri bahkan dia turut menceritakan risiko kesakitan ditanggung bagi setiap panduan suicide.Korang pernah dengar pasal buku ni? Hadoi... jangan buat hal ye rakan-rakan. Ini aku share je.. bukan suruh korang pegi beli untuk jadikan inspirasi pulak. Akal yang ada tu, gunakan sebaiknya.
Setiap perincian buku ini diterangkan oleh penulis fakta-fakta dari permulaan membunuh diri sehinggalah pengakhiran bagaimana mayat anda terhidang pada pertemuan mata-mata yang hidup.
Btw,buku ini menjadi antara buku terlaris yang terjual termasuklah menjadi top ten dalam laman jual beli Amazon. (Wow kan?)
Antara cadangan bunuh diri dalam buku ni kan:
1. Overdose dadah.
2. Biarkan diri dilanggar kenderaan.
3. Gantung diri.
4. Minum racun.
5. Terjun ke landasan kereta api.
6. Terjun dari bangunan yang tinggi.
7. Melemaskan diri.
8. Memotong nadi.
9. Membekukan diri.
10. Bakar diri
Dan lain-lain lagi, dah macam menu kat restoran, hang boleh pilih mane yang sesuai dan berkenan di hati. Pala bana pak hang.
Buku ini dikecam hebat oleh kerajaan Jepun ketika itu bahkan sehingga sekarang masih berjuang untuk menghentikan atau paling tidak, mengurangkan kegiatan bunuh diri yang sangat tinggi di Jepun.
Kes bunuh diri ini tersangat kronik sehingga wujudnya hutan bunuh diri iaitu Aokigahara yang berada dikaki gunung Fuji. Bermula dari tahun 90an lagi setiap tahun hutan ini menelan 70 ke 80 jiwa dicatatkan.Pada tahun 2016, Jepun merupakan negara ke-10 tertinggi kes bunuh dirinya.