Rasanya kalau nak dikorek, semua negara ada lagenda hantu yang digunakan untuk menakut-nakutkan kanak-kanak atau yang dipercayai memang wujud. Macam kalau kat Mexico ada lagenda antu La Llorona, kalau kat USA ada Bloody Mary, kat China pulak al-Corona. Hahaha ok ini tipu.
La Llrona
Kat Malaysia pun hadoooo.. Paling terkenal, Volkswagen Kuning, ataupun haa ini mesti jarang ada yang tahu, Hantu Janet di Sarawak (sekitar 70-80an). Hantu Janet ni bukan stakat terkenal kat Malaysia tapi jugak luar negara. Eleh paling legend... Hantu Asrama. Haha semua asrama ada antu kot? Tak pun... Hantu Jepun. Eh banyak lahhh. Minggu depan pun tak habis cite antu Malaysia ni hahaha.
Hantu Janet (gambaran orang ketika itu)
So Jepun juga tidak terkecuali ada lagenda mistik tersendiri. Arini aku nak kongsikan pasal lagenda hantu Jepun dulu ye. Sesetengah orang Jepun takut untuk berjalan berseorangan pada waktu malam kerana percaya Jepun mempunyai pelbagai jenis hantu yang mengintai di kawasan gelap.
Ini termasuklah "yurei" yang bermaksud manusia yang mati kemudian menjadi hantu, dan juga "yokai" iaitu roh mitos yang telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat di Jepun untuk berabad lamanya.
Hantu-hantu ni merata duduknya dari sungai-sungai ke kawasan pergunungan sampailah ke bandar, kira antu moden la ni gamaknye. Bermula dari awal abad ke-8, roh-roh ini pertama kali muncul dalam Kojiki, yang merupakan catatan terawal tentang mitologi Jepun. Sejak itu, yurei dan yokai kerap muncul dalam seni tradisional Jepun seperti ukiyo-e (ukiran kayu) sehingga kini. Sesetengah daripadanya dilihatkan sebagai ikon budaya popular, seperti manga yang kemudiannya dihasilkan sebagai anime iaitu Gegege no Kitaro yang mana kesemua watak adalah berbentuk yokai. Berikut antara lagenda hantu Jepun yang sangat menakutkan.