Misteri Penculikan Lee Hyung Ho

346 16 42
                                    

(Pemandangan Apartemen Hyundai di daerah Apgujeong dari seberang Sungai Han)Pada tahun 1991 di Apartemen Hyundai yang terletak di daerah Apgujeong, Gangnam, Korea Selatan, dikejutkan dengan satu kes penculikan yang amat menyayat hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Pemandangan Apartemen Hyundai di daerah Apgujeong dari seberang Sungai Han)

Pada tahun 1991 di Apartemen Hyundai yang terletak di daerah Apgujeong, Gangnam, Korea Selatan, dikejutkan dengan satu kes penculikan yang amat menyayat hati. Di Apartment Hyundai tersebut, tinggal satu keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan seorang anak lelaki bernama Lee Hyung Ho yang berusia 9 tahun pada ketika itu.

(Hyung Ho)Pada 29/1/1991, Hyung Ho dilihat buat kali terakhir sedang bermain bersama rakan-rakannya di taman Apartment tersebut, tapi dia tak pulang ke rumah walaupun hari sudah malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Hyung Ho)

Pada 29/1/1991, Hyung Ho dilihat buat kali terakhir sedang bermain bersama rakan-rakannya di taman Apartment tersebut, tapi dia tak pulang ke rumah walaupun hari sudah malam. Oleh sebab terlalu risau dengan keadaannya, kedua orang tuanya telah memutuskan untuk menelefon pihak polis. Pada jam 11.00 malam dihari yang sama, pasangan tersebut menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali berkemungkinan berusia antara 20-30 tahun.

Pemanggil tersebut mengatakan bahawa dia kini bersama Hyung Ho dan meminta wang tebusan sebanyak 70juta KRW(korea Won) sebelum memutuskan panggilan. Kalau skarang, 70juta KRW bersamaan dengan RM2.4 juta. Pemanggil tu minta ayah mangsa untuk bawak wang tebusan tu ke bandar Gimpo. Masa panggilan tu dibuat, Polis dah bertindak untuk menyiasat kes penculikan tu, so semasa si ayah tadi mengikut arahan si penculik, pihak polis juga mengekori dari belakang. 3 jam berlalu, pemanggil misteri masih tidak datang.

Suspek kemudian menelefon ke ibu mangsa dirumah dan bertanya "kenapa libatkan polis"? Penculik mengancam tidak akan memberi makan kepada anak mereka. Kemudian penculik menelefon si ayah dan minta untuk berpindah tempat. Lokasi penyerahan duit terus silih berganti hingga akhirnya suspek meminta untuk dipindahkan duit tersebut ke dalam akaun bank. Hal ini dengan segera diketahui polis dan terus akaun bank tersebut disekat.

(lokasi mayat Lee Hyung Ho ditemui)44 hari setelah kejadian, pada 13 March 1991, mayat Lee Hyung Ho ditemukan dalam parit pembentungan Sungai Han di Daerah Jamsil dalam keadaan mulut, tangan dan kakinya diikat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(lokasi mayat Lee Hyung Ho ditemui)

44 hari setelah kejadian, pada 13 March 1991, mayat Lee Hyung Ho ditemukan dalam parit pembentungan Sungai Han di Daerah Jamsil dalam keadaan mulut, tangan dan kakinya diikat. Berdasarkan penemuan itu, polis mengatakan bahawa ini bukan kes penculikan tetapi kes pembunuhan. 

Mangsa dipercayai mati dua hari selepas penculikan itu berlaku, maksudnya pada 31 Januari 1991. Dikepala mangsa terdapat kesan pukulan benda tumpul. Kerani bank yang digunakan oleh suspek juga diminta memberi keterangan beserta lakaran wajah suspek.

Pihak polis kemudian menyebar lakaran wajah suspek dan cuba mendapatkan ribuan saksi untuk tampil memberi maklumat. Pernah juga suatu ketika ada pihak hotel mendakwa terlihat orang mirip dengan wajah yang dilakarkan. Namun, dakwaan itu tidak dapat membantu pihak polis untuk terus menjejaki suspek.

(lakaran wajah suspek)Oleh kerana pembunuhan ini tidak dapat diselesaikan, pada 28 januari 2006 kes ini akhirnya ditutup kerana sudah melepasi Statue Of Limitation di Korea (15 tahun)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(lakaran wajah suspek)

Oleh kerana pembunuhan ini tidak dapat diselesaikan, pada 28 januari 2006 kes ini akhirnya ditutup kerana sudah melepasi Statue Of Limitation di Korea (15 tahun). Jadi, seandainya pembunuh sebenar masih hidup dan mengaku dekat polis dialah pelakunya, maka polis tidak ada kuasa untuk menangkapnya.

Kes ini telah diadaptasi ke dalam sebuah filem Korea berjudul Voice Of A Murderer (2007) yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kes ini telah diadaptasi ke dalam sebuah filem Korea berjudul Voice Of A Murderer (2007) yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat. 

Antara babak dalam movie tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Antara babak dalam movie tersebut. Ketika ini si ibu menerima panggilan daripada suspek dan dibantu oleh pihak polis. Tapi zaman tu teknologi masih tak secanggih sekarang. So bagi yang belum tengok tu, boleh lah layankannn~

Mc'Lucifer

#FucktaCreepyWhere stories live. Discover now