Okeh.. Kita lupakan citer korea tu... Skang kita masuk cite lain pulak.. Terbang ke France. Kisah kali ni dibandingkan dengan kisah "Jack The Ripper" pernah dengar kan kisah si Jack yang pemes lagi kejam ni? Tapi si French Ripper ni atau namanya Joseph Vacher lebih sadis lagi kejam dari si Jack. Why? Acekeme korang bace.
Joseph Vacher (Sumber: A History of Serial Killers Sons of Cain Illustrations Page 9)
Joseph Vacher dilahirkan di Beaufort, Isére, Perancis pada 16 November 1869. Vacher adalah seorang pembunuh bersiri Perancis, yang dikenali sebagai "The French Ripper" kerana reputasinya setara dengan Jack The Ripper dari London, England pada tahun 1888.
Mempunyai bekas luka dekat muka dia dan sering mengenakan topi putih buatan tangan dari bulu arnab adalah ciri khas penampilan si Vacher ni.Pada awalnya, Joseph Vacher adalah seorang tentera bila perkhidmatan dia sebagai tentera dah nak abis, dia jatuh cinta pada seorang gadis yang berkerja sebagai maid dan cuba nak tekel ikat tepi bernama Louise Barant. So satu malam Louise Barant di ajak makan malam oleh Vacher dan pada masa tu la dia propose. Tapi Louise Barant menolak proposal si Vacher ni menyebabkan dia naik marah dan ugut bunuh kat minah ni. Berminggu-minggu Vacher stalk Louise dan cuba macam-macam cara untuk tekel si Louise tapi tetap tak berjaya. Si Louise ni dah usaha elakkan diri dari Vacher. Vacher selalu tulis surat kat Louise hingga akhirnya Louise balas surat Vacher cakap dia tak cintakan Vacher. Apa lagi mengamuklah kene Friendzone sampai pihak tentera bagi dia cuti 4 Bulan. So cuti tu, si Vacher confront Louise dekat rumah mak Louise dan paksa serahkan semua surat dan hadiah yang dia penah bagi. Bukan takat tu je, si Vacher siap paksa Louise tinggal dengan dia. Sekali lagi Louise menolak. Akhirnya Vacher keluarkan pistol dan tembak Louise sebanyak 3 kali. Satu menembusi mulut, manakala dua tembakan lagi dikepala. Kendian, si Vacher ni tembak muka sendiri sebanyak dua kali. Nyawa eh liat agaknya, but Louise dan Vacher, kedua-duanya selamat dan tak mati.