(Christine Chubbuck)
Ada orang tak mau cite terkait dengan Korea dan Jepun hahaha. Ok, boleh sajaaa.. Kita terbang ke Amerika Sarikaaattt~ Nak dijadikan cerita, Pada tahun 1974, rakyat Amerika Syarikat tidak pernah menyangka yang mereka akan menyaksikan peristiwa bunuh diri PERTAMA dalam sejarah peradaban manusia yang disiarkan secara langsung di kaca tv. Hari itu menjadi catatan kelam dalam sejarah siaran tv di Amerika yang tidak akan dilupakan oleh seluruh netizen Uncle Sam.Christine Chubbuck (24 Ogos 1944 - 15 Julai 1974) berkerja sebagai seorang wartawan berita Amerika untuk WTOG dan WXLT-TV di Florida. Pemilik WXLT-TV, Bob Nelson, pada awalnya menggajikan Chubbuck sebagai wartawan tetapi kemudian memberikan Chubbuck peluang sebagai pengacara dalam Community Talk Show, Suncoast Digest, yang ke udara pada pukul 9:00 pagi
Christine pernah bercakap pada keluarganya dengan panjang lebar tentang masalah kemurungan dan kecenderungan bunuh diri. Dia pernah cuba ambil dadah overdose pada tahun 1970. Dia juga mendapatkan khidmat psikiatri sehingga beberapa minggu sebelum kematiannya. Ibu Christine memilih untuk tidak memberitahu pengurusan stesen tentang kecenderungan bunuh diri anak perempuannya itu, sebab takut Christine akan dipecat daripada jawatannya.
Pada pagi 15 july, Christine Chubbuck pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Tangannya memegang timbunan kertas yang telah beliau susun sendiri. Dia memberitahu kat kawan-kawan sekerja dia yang dia nak memberikan tayangan tambahan di awal siaran berita 'Suncoast Digest' yang akan disampaikannya di stesen television WXLT Channel 40 yang terletak di Sarasota, Florida. Sesuatu yang tidak pernah dia buat sepanjang bekerja di stesen TV itu. Seperti yang dilaporkan oleh Washington Post pada 1974.