Harini mari kita terbang ke seberang, sebuah lagi negara jiran kita iaitu Indonesia. Kalini aku nak memperkenalkan korang dengan sorang lagi dukun hebat macam Mona Fandey iaitu Ahmad Suradji. Bukan Ahmad Albab, tapi Ahmad Suradji. Pengamal ilmu kebatinan tradisional turun temurun. Bagi yang lahir era millenium, memang takkan kenal dengan kepopularan Suradji ni. Dia pernah menggemparkan satu dunia pada zaman 90-an dengan perbuatan dia yang tak masuk akal dan kejam yakmat tu. Sebab apa? Haaa sebab dia dah membunuh seramai 42 orang perempuan dari tahun 1986-1997. Ish ish ish.... 1997 tu kira dia ditangkap dah la.. kalau tak, lagi ramai kot yang akan menjadi korban.
Ahmad Suradji dilahirkan pada 10 Januari 1949 di Medan. Dia turut dikenali sebagai Nasib Klewang sebab dulu dia ni suka curik lembu orang dengan bawak kelewang. Selain daripada tu dia juga dikenali sebagai Datuk Manggiri satu gelaran yang diberikan kepadanya masa dia terkenal sebagai dukun. Dari muda lagi Suradji ni memang dikenali sebagai seorang yang rajin berkerja, selain menternak, dia juga dikenali sebagai seorang dukun. Tak hairan la sebab bapak Suradji ni memang dukun terkenal. Kira ilmu si bapak menurun ke anak la ni. Suradji dikatakan belajar ilmu kedukukan atau kebatinan ni sejak dia berumur 12 tahun tapi mula aktif menjadi dukun bila umur dia mencecah ke 20 tahun. Agaknya masa tu dah baligh kot. Tu yang rasa sedap lebih hahaha ake akee!
Hidup Suradji ni pernah terpalit dengan kontroversi, (cam retis pulak). Dia telah berkahwin dan memiliki tiga orang isteri iaitu Tumini, Tuminah dan Ngatiyah tu tak kontroversi lagi, tu mengkagumkan, yang kontroversinya, tiga-tiga isterinya ini bersaudara. Haa gitulah citenye.
Pada tahun 1986, ketika dia berumur 36 tahun, Suradji mengatakan yang arwah penasaran bapak eh datang dalam mimpi dia dan mengarahkan dia untuk membunuh 70 orang perempuan dan meminum air liur mereka kalau nakkan ilmu dia menjadi sempurna. Sejak itulah, Suradji mula mencari mangsanya.
Lokasi mayat-mayat yang ditanam.
Sebagai seorang dukun yang power dan disegani serta terkenal dengan masyarakat setempat. Suradji tak perlu susah-susah nak cari mangsanya. Dia cuma perlu menunggu mangsa yang sesuai datang berjumpa dengan dia. Ramai yang datang berjumpa dengan Suradji ni sebab percaya dia ni mampu memberikan kesihatan, mencantikkan rupa paras, menjadikan orang kaya, dan menjadikan pasangan lebih setia. So, berdondong-dondong la orang terutamanya dari golongan wanita datang jumpa Suradji ni. Pengerasnya bukan kecik dek non oi. Kalau ikut rate skarang, dalam RM1,000.00 ke RM1,200.00 jugak dia bedal dari mangsa-mangsa dia.