THE Ink ON MY BODY
By HDH Ink
BAB 6:FOLLOW YOU BACK-------- BAB 6 ---------
Jon makin rasa nda senang hati bila si Erwan tarik tarik mau peluk- peluk Si Xenia. Ehhh. Geram pula dia nampak.
"Hoi!!" Satu kali saja si Jon teriak terus si Erwan pusing belakang. Xenia tolak si Erwan terus dia lari pi sana si Jon. Dia bertapuk di belakang si Jon.
"Sayang... siapa ni?" Si Jon bilang sambil tangan dia cekak di pinggang. Jari dia tunjuk tempat si Erwan. Xenia blur sekejap.
Erwan tengok tu lelaki. Macam dia kenal. Macam dia pernah jumpa. Tapi siapa? Eh lupa. Si Jon jalan pigi tempat si Erwan. Dia tolak- tolak bahu dia.
"Apa kau mau? Xenia saya punya sudah. Kau... boleh move on sudah. PAST is PAST." Dia bilang si Jon. Dia tarik tangan si Xenia suruh masuk dalam kereta dia.
"Bagi kunci kereta kau. Biar saya Drive..." Jon minta kunci kereta Si Xenia. Xenia ikut saja. Dia masuk dalam kereta lepas tu Jon suruh si Erwan pigi jauh jauh. Dia horn lagi banyak kali. Besar mata si Erwan tengok dorang dua. Nda dia puas hati. Jon jeling saja.
Xenia ingat Si Jon bawa dia balik sana Apartment dia sekali lain pula arah jalan dia ambil. Dari tenang, Xenia start gelabah lagi."Kau bawa saya pigi mana lagi ni?" Xenia tanya.
Jon diam saja. Laju dia Drive sampai dorang sampai satu kawasan perumahan. Tu kereta Stop di rumah paling hujung.
"Mari masuk sekejap. Ada saya mau kasi kenal bah di dalam. Jom!" Jon turun daripada kereta. Xenia masih berfikir mau turun kah nda. Tu rumah nampak sunyi saja. Ada satu kereta parking sana depan rumah. Pintu luar terbuka. Tapi macam tiada orang.
"Nda payah lah saya mau balik." Xenia bilang. Jon simpan kunci kereta si Xenia dalam poket jaket dia.
"Bah. Baliklah. Jalan kaki. Jaga jaga ada penculik gadis manis di area ni. Saya dengar dengar bulum kana tangkap."dia bilang si Jon sempat lagi mau kasi takut si Xenia. Dia terus lari masuk di dalam. Si Xenia tengok kanan kiri dia. Mau tidak mau, dia masuk juga di dalam tu rumah. Itu pun dia berhati- hati. Manatau...
"Jon! Oh Jon! Turun dulu bah..." Dari luar rumah, si Xenia dengar si Enrique panggil orang turun. Dia masuk di ruang tamu terus duduk di sofa. Si Jon tengok dia sambil senyum- senyum.
"Saya mau kasi jumpa kau kawan saya bah... si Jon nama dia. Pakar Tattoo... mana tau dia boleh buang tu Tattoo kau kan..."
Xenia diam saja. Nda lama, si Enrique bawa masuk minuman tin. Dia ampas ja atas meja.
"Minumlah." Dia bilang. Xenia tengok saja tu minuman tin. Mau lima minit kemudian, ada orang turun daripada tingkat atas. Si Enrique sedang tengok Netflix. Fokus dia tengok skrin TV.
ENRIQUE POV
I SAW HER.
Buduh punya Jon. Kenapa dia bawah si Xenia di rumah ni. Mau ja saya naik balik pigi atas tapi si Xenia sudah nampak saya turun. Jadi saya pun pura pura duduk di sofa, Si Jon jeling saya sambil senyum senyum. Entah apa sudah dia buat ni sama si Xenia sampai dia ikut balik.
YOU ARE READING
THE Ink ON MY BODY [ SABAHAN SLANG]
RomanceXenia Noah bangun saja daripada tidur dan perasan ada Tattoo di bahu sama dada dia. Tattoo bukan corak biasa- biasa, tapi nama seorang Tanak Wagu ( Lelaki). Xenia Noah baru saja break up sama BF dia seminggu sebelumnya. Jadi kerana terlalu frust, d...