Bab 13

28 5 0
                                    


Mak Bibah kuntum senyuman lebar apabila melihat wajah anak gadis majikannya penuh ceria pagi itu. Senyuman yang terukir pada bibirnya juga kelihatan lebih manis di samping wajah yang penuh semangat dan ceria, seceria bunga yang kembang mekar dan cantik di halaman rumah mereka.

"Semalam bukan main lagi orang tu mengamuk dengan wajah masam, mencuka dia… pagi ni ceria semacam, kenapa? Ada cerita yang menarikkah berlaku semalam?"

Vee mencebik manja mendengar usikan pembantu rumah mereka yang sudah di anggapnya seperti ibunya sendiri itu.

"Kenapa? Vee berubah jadi something kah semalam?"

Mak Bibah sekadar tersenyum tipis. Dia risau kalau - kalau anak gadis majikannya itu terjebak dengan kawan - kawan yang tidak baik di kampus. Sebab itulah dia mulai buat perangai semula, semalam.

"A’ha… nasib baik tidak ada yang jadi mangsa Vee semalam! Itu yang pelik bila tengok Vee tersenyum lebar sendiri, pagi ni... takut wayar dekat dalam kepala tu terputus… Vee gaduh lagi dekat kolej?"

"Mana ada! Mak Bibah. Vee saja nak buat gimik semalam tu. Menjadi tak gimik, Vee?"

Soal Vee ceria. Mak Bibah yang pura - pura geram menolak kepala Vee, lembut. Macam - macam perangai anak majikannya itu semenjak dia sudah meningkat dewasa sekarang. Jika dahulu Vee akan berkongsi apa sahaja cerita dengan dia mahu pun mamanya. Tapi sekarang, gadis itu banyak melayan perasaannya sendiri. Bila di tanya, dia akan kerap menjawab tidak ada apa - apa.

Hurm!

"Gimik konon! Mujur papa tak naik bilik semalam. Vee makan pil, ya?"

Soal Mak Bibah lanjut sambil matanya sengaja di besarkan. Vee tarik muncung panjangnya.

Ish! Sisih malaikat 44... kita masih waras lagilah, Mak Bibah. Tak perlulah nak tuduh sampai tahap macam tu sekali!

"Tak baik tau, tuduh Vee macam tu… Vee tak buat benda - benda bodoh macam itulah, Mak Bibah. Mak Bibah janganlah risau…"

Balas Vee lantas menyudahkan sarapan mee hoonnya, pantas. Mak Bibah sekadar menggelengkan kepalanya. Berkali di tegur pun, dia tetap akan buat perkara yang sama juga.

"Ya, ALLAH… makanlah elok - elok, Vee. Kamu tu anak dara. Hurm, suka hati kamulah nak buat macam mana. Pening Mak Bibah tengok!"

Ujar Mak Bibah sambil berlalu pergi. Vee yang sekadar ketawa di meja makan, meneruskan sarapannya pagi itu tanpa memperdulikan rajuk Mak Bibah yang dia tahu sedang bergurau dengannya.

Dia begitu berselera sekali pagi itu. Mungkin sebab semalam dia tidak makan, jadi pagi itu seleranya menjadi - jadi. Dia menambah mee hoonnya sebanyak dua kali sebelum dia berhenti, kekenyangan. Selesai bersarapan, Vee kembali ke biliknya semula. Dia perlu bersiap kerana dia sudah berjanji untuk keluar dengan Ariel petang itu.

Vee sekadar bersiap ala kadar. Pakaian yang di kenakannya pun ialah pakaian yang biasa dia pakai ke kampus. Berpuas hati, dia berlari anak menuju ke ruang bawah. Mak Bibah yang terserempak dengan Vee di ruang tamu, berhenti mengemas seketika.

"Nak pergi mana pulak tu, Vee?"

Langkah Vee terhenti. Dia berpaling dengan senyuman lebarnya. Mak Bibah kerut dahi seribu. Semenjak pagi tadi, perangai anak majikannya itu kelihatan agak pelik dari biasa.

"Vee nak jumpa kawan! Kalau mama dengan papa tanya, Mak Bibah cakap dengan dia orang berdua yang Vee, pergi dengan Shakira, okey?"

Mak Bibah sekadar menganggukkan kepalanya, tanda mengerti. Langkah gadis itu di hantar dengan pandangan matanya sehinggalah kelibat Vee hilang di balik tembok konkrit rumah, mereka.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now