Bab 2

74 6 4
                                    


Jam loceng yang di letakkan di atas meja kecil di sisi katilnya berbunyi kuat dan nyaring. Dia mendengus seketika sebelum membuka matanya perlahan - lahan. Terasa seperti dia baharu sahaja melelapkan matanya tadi, dan sekarang dia terpaksa bangun untuk memulakan hari barunya semula. Dia menggeliat beberapa kali sebelum melemparkan pandangannya ke arah jam locengnya yang masih lagi berbunyi.

"Alamak! Jam 8?!....."

Matanya membulat besar. Dia terkejut besar melihat waktu yang di tunjukkan oleh jam locengnya itu. Tanpa berfikir panjang dia bingkas bangun dari tempat tidurnya dan terkocoh - kocoh masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan bersiap secepat yang mungkin. Dia sudah terlewat untuk menghadiri kuliahnya pagi itu.

Waktu kuliahnya bermula pada pukul sembilan. Kalau dia bertolak sekarang pun dia pasti akan tersekat dalam jam dan hanya akan sampai di kampus dalam pukul sembilan setengah pagi atau lebih.

Dalam berkira - kira mengenai waktu dan masa yang dia perlukan untuk itu dan ini, dia mencapai kain sejadah dan telekungnya tanpa berfikir panjang. Dia mahu mengqada solat subuhnya terlebih dahulu sebelum pergi ke kampus. 

Puan Zaharah sendiri turut tidak akan menyedari ke tidak hadirannya di dalam dewan kuliah pagi itu kerana prof wanita itu jarang benar mendongak untuk melihat dewan kelasnya mahu pun memandang setiap wajah pelajarnya satu persatu.

Siap memasukkan buku yang dia perlukan ke dalam beg, Vee turun ke bawah untuk bersarapan. Biar lewat macam mana sekali pun, dia tidak pernah tidak untuk mengambil sarapan paginya. Papa juga sering menasihatinya mengenai keperluan mengambil sarapan pagi.

Don't ever skip your breakfast or you'll lose all of your energy for the whole day!.....

Itu kata - kata papa yang sememangnya betul.

Keningnya bertaut erat bila melihat meja makan mereka yang kosong pagi itu. Mustahil Mak Bibah terlupa untuk menyediakan sarapan pagi, pagi itu.

Dia sakitkah? Urm.... tak apalah!

Vee lantas membuka peti sejuk untuk melihat apa yang ada. Seleranya hilang takala melihat makanan yang berada di dalam peti sejuk. Dia malas mahu memanaskan lauk - lauk itu semua. Apatah lagi dia sendiri, sudah pun terlewat untuk ke kelasnya pada pagi itu.

Tiga jam dari sekarang, barulah kelasnya akan bermula sekali lagi. Dia juga perlu keluar lebih awal jika dia tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang akan berada di waktu puncak ketika  waktu tengahari dan petang. Malas mahu memenatkan diri sendiri, dia lantas mengambil keputusan untuk minum sahaja.

Vee mencapai cerek air dan mengisinya separuh penuh. Sambil menunggu air yang di jerangnya masak, dia berdiri dan cuba untuk mengintai keluar melalui ruang tingkap dapur yang masih tertutup rapat. Dia berasa pelik melihat keadaan di luar yang terlalu jauh berbeza dengan waktu yang di tunjukkan oleh jam locengnya sebentar tadi.

Dia tahu dia masih belum lagi mencapai ke tahap rabun sifar dan keadaan di luar sana juga masih terlalu gelap untuk mengatakan waktu itu ialah pukul lapan pagi! Dahinya berkerut hebat. Dia lantas membuka tingkap dapur tersebut luas - luas biar dia melihatnyadengan lebih jelas dan terang.

Bunyi cengkerik dan gelap, di tambah dengan hembusan angin malam yang sejuk membuatkan dia terpegun, kaku seketika. Dia lantas meraup wajahnya, tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku dengan dirinya di tengah malam buta seperti itu.

Vee segera berlalu ke ruang tamu untuk memastikan sesuatu. Dia tersenyum sendiri apabila melihat jam antik buatan German itu merujuk pada angka dua dan juga sembilan. Dia gigit bibir, geram. Terasa bodoh dengan segala tindakannya ketika dia mula - mula bangun sebentar tadi.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now