Bab 30

50 3 0
                                    


Belum pun sempat Ariel dengan Vee keluar dari lapangan terbang, tiba - tiba mereka mendapat panggilan kecemasan dari Hakimi. Vee sendiri terkejut mendengar berita Shakira sedang dalam perjalanan ke rumah sakit. Kemungkinan besar Shakira akan bersalin pada hari itu, kerana dia sudah mula mengadu sakit perut sebaik sahaja Hakimi tiba dari menghantar pemergian Ariel dan Vee ke lapangan terbang  pagi tadi.

Ariel dan Vee terburu - buru membeli tiket untuk pulang semula ke ibu kota. Mujur tempat yang mereka pergi tidak terlalu jauh dan perjalanan balik mereka juga jauh lebih cepat dan mudah. Kalau mereka pergi ke luar negara, pasti mereka masih lagi berada di dalam pesawat sekarang dan mungkin juga mereka akan terlepas hari Shakira bersalin. Paling tidak pun bayi Shak sudah berusia empat hari baru mereka dapat kembali ke tanahair semula.

Sebaik tiba di hospital mereka bergegas ke wad bersalin. Disana kelihatan Hakimi menunggu bersendirian di luar bilik wad. Keluarga mereka yang lain masih belum ada kelihatan lagi disitu. Hakimi lantas menyambut kehadiran mereka dengan wajah gelisahnya.

"Sorry Vee, Riel… sebab hal ni korang terpaksa lupakan honeymoon korang!”

Ujar Hakimi dengan nada kesal dan gusar. Ariel lantas menepuk bahu Hakimi perlahan.

"Sejak bila pula kau mula berkira dengan kami berdua ni? Tak rosak pun plan honeymoon aku dengan Vee dibuat Shak. Tak pergi pun tak apa, bukannya duduk dekat rumah tak boleh nak honeymoon juga, iya tak?….

Apa yang penting wife dan baby kau selamat. Soal aku dengan wife aku ni, kau jangan risau. Tahulah kami nak buat macam mana nanti"

Balas Ariel penuh diplomasi. Vee bangga dengan sikap suaminya itu. Sebaik sahaja mendapat berita Shak bersalin, dia terus ke kaunter dan membeli tiket penerbangan balik mereka semula dengan serta - merta.

Dia tidak berfikir panjang untuk membuat keputusan dan itu sudah cukup menunjukkan suaminya itu seorang yang amat berpegang pada kata - kata dan janjinya. Malah dia juga seorang sahabat yang baik dan cukup setia.

"Nasib baik jalan tak pulak jam sepanjang kami ke sini tadi. Mungkin baby nak tunggu auntie dia yang cute ni dan uncle dia yang serius tu sampai kot, baru dia nak keluar"

Ujar Vee berlawak bagi meredakan perasaan gusar di hati masing - masing yang masih lagi risau dan gelisah. Hakimi dan Ariel ketawa kecil mendengar lawak Vee.

"Engkau bila lagi, Vee?"

Soal Hakimi mula melencongkan perbualan mereka bertiga. Vee angkat kening tinggi. Dia mengerling Ariel yang duduk tenang di sebelah Hakimi.

"Erm, still tak tahu lagilah Kimi…… who knows, maybe two or three months from now... rezeki, kita tak tahu. Tak gitu?"

"Korang merancangkah?"

Soal Hakimi lanjut. Ariel lantas menggelengkan kepalanya.

"Tak adalah, Kimi. Engkau jangan mudah percaya dengan cakap Vee tu. Dia sengaja nak buat kau terkejut aje. Aku garenti, tidak lama lagi adalah good news dari kami itu pulak … tak begitu, sayang?"

Vee pura - pura mencebik mendengar usikan suaminya.

"Susah - susah sangat, abang ajelah yang pregnant dulu!"

Ucapan spontan Vee itu mengundang tawa kuat dari suaminya dan juga Hakimi. Mereka terlupa yang mereka sedang berada di hospital.

"Shhh…"

Salah seorang dari jururawat yang bertugas memberikan amaran. Vee mematikan tawanya. Dia sempat melirik wajah suaminya dan juga Hakimi yang masing - masing cuba untuk menahan gelak mereka dari terhambur keluar semula.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now