Bab 22

26 4 0
                                    


Taman Tasik Perdana di penuhi dengan  pengunjung awal petang itu. Ariel kelihatan santai dengan baju kemeja berlengan pendek bercorak Hawaiian dan t - shirt polos putih dengan seluar jeans hitam lusuhnya. Dia duduk di bangku, menunggu kehadiran seseorang di situ.

Jarang benar wanita kacukan itu terlewat bila mereka membuat janji temu. Sambil duduk menunggu, Ariel bermonolog sejenak. Teringat dengan Sweet, little princess yang masih lagi menjadi igauannya, siang dan malam.
Sweet pun berdarah campuran juga.

Entah ke mana Sweet menghilangkan diri. Dia sendiri tidak pasti kalau Sweet pernah cuba untuk mencarinya seperti mana yang dia lakukan sebelum ini. Kalau sahaja dia menemui Sweet dari dulu, sudah pasti dia tidak perlu terikat dengan Vee sekarang. Perjanjian dia antara mereka juga masih tidak menjadi kerana sehingga kini mereka masih lagi tetap mengikat tali pertunangan di antara mereka berdua.

Kalau saja Vee itu ialah Sweet, wanita yang di carinya selama ini, sudah pasti dia akan bersetuju untuk berkahwin dengannya secepat yang mungkin. Tidak perlu mengikat tali pertunangan mereka lama - lama. Dan sudah pasti juga, sekarang ini dia sudah pun memegang title ayah, agaknya. Ariel kuntum senyuman lebar.

Ewah! Jauhnya aku termenung... hurm, mana pulak dia pergi ni? Dah pukul berapa dah sekarang...

Guman Ariel sendirian. Dia menggeleng kepala sendiri kerana berfikir sejauh itu. Namun semua itu tidak mustahil untuk menjadi kenyataan kerana dia sendiri sudah pun berusia 27 tahun. Dia pernah menangguhkan pelajarannya selama dua tahun semata - mata mahu mencari di mana keberadaan Sweet ketika itu.

Memang benar kata orang, demi cinta manusia akan sanggup berbuat apa saja. Jangankan laut, hutan belantara malah gunung - ganang sanggup di redah semata - mata demi cinta. Cara manusia meluahkan perasaan mereka juga berbeza - beza. Tapi bila sudah bersama, hendak memijak pasir di pantai bersama pun agak payah. Begitu sukar untuk memahami hati manusia yang mudah berubah. Ariel meraup wajahnya. Jam di tangan, di lirik semula.

Jalan jam agaknya!


Dari jauh Vee sudah dapat melihat kelibat Ariel, duduk di bangku yang menghadap dengan tasik. Semakin lama mereka mengikat tali pertunangan, seperti ada satu perasaan aneh yang muncul di dalam hati Vee. Sepanjang tempoh mereka bertunang, Vee jarang memandang wajah tunangnya itu lama - lama. Dia segan untuk merenung wajah Ariel.

Tapi dalam diam dia akan cuba untuk mencuri pandang, wajah itu tanpa di sedari oleh Ariel sendiri. Usikan dan juga senyuman Ariel sudah menjadi satu kemestian baginya. Kadangkala dia akan mencari kelibat Ariel di padang kampus tanpa pengetahuan lelaki itu. Sebaik melihat kelibat Ariel, barulah hatinya berasa tenang dan lega. Satu perasaan aneh yang dia tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun termasuk teman baiknya sendiri, Shakira.

Vee mendekati Ariel dengan dahi yang berkerut hebat. Salamnya langsung tidak di balas oleh lelaki itu. Vee cuba untuk menahan tawanya. Dia menggelengkan kepalanya melihat Ariel yang duduk sambil termenung jauh dengan mulut yang separuh terbuka.

"Hoi! Lalat dah masuk dalam mulut awak pun, masih tidak sedar - sedar lagikah Encik Ariel oi!"

Sergah Vee kuat secara tiba - tiba dan membuat Ariel tersedar dari lamunan panjangnya. Dia ketap bibir, geram dengan tindakan wanita itu. Dia memegang dadanya yang turun naik akibat terperanjat. Mujur dia tidak melenting dengan sergahan wanita itu tadi.

Grrr... minah celup ni kan! Masih tak berubah jugak... ugh!

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now