Bab 8

53 5 0
                                    


"Tak sangka pula yang I akan jumpa dengan U.... U memang rapat dengan adik I kah? I tengok bukan main lagi dia bercakap manja - manja dengan U..."

Ariel memulakan perbualan mereka dengan wajah cerianya. Reaksinya itu cukup menjengkelkan Vee yang yakin Ariel cuma sekadar berlakon, seolah - olah mereka berdua begitu serasi berbual berdua sebegitu di hadapan yang lain. 

"Rapatlah juga..."

Balas Vee acuh tidak acuh. Kedengaran Ariel lepas keluhan kecil sambil meneruskan pertanyaan tidak masuk akalnya  itu.

"U suka main bowling?"

Vee berpaling dengan kerutan di dahinya, sambil memandang wajah Ariel yang tersenyum penuh makna padanya.

"Sort of...."

"Hurm.. awak memang suka menjawab macam tu ehk?"

Vee kerut dahi seribu, sekali lagi. Keningnya sengaja di angkat tinggi.

Lantak akulah nak menjawab macam mana sekali pun! Yang busybody sangat tu, kenapa?

"Salahkah?"

Soal Vee sepatah. Ariel lantas menggelengkan kepalanya. Dalam hati dia cukup rasa gembira bila mendapat peluang untuk berbual dengan Vee  seperti itu, biarpun pada hakikatnya dia tahu kalau gadis itu jelas kurang selesa dengan soalan - soalan bodohnya. Ariel cuba untuk menahan perasaan lucu dan tawanya sebaik mungkin.

"Kenapa awak tersenyum - senyum macam tu?"

"Tak ada apa - apa. I tiba - tiba teringat sesuatu yang lucu tadi. Aik, takkan I tak boleh nak senyum langsung depan awak kot?"

"Saya tak ada cakap macam tu pun! Cuma cara awak senyum tu macam awak tengah perli saya pula..."

Ariel terdiam. Dia lantas berdehem untuk mengelakkan rasa canggung di antara mereka. Dia tiba - tiba putus idea untuk meneruskan perbualanya dengan Vee yang kelihatan seperti punya banyak idea untuk membuat dia bingung sendiri.

"Dah berapa lama awak couple dengan dia?"

Ariel berpaling ke arah seseorang yang di maksudkan oleh Vee tanpa sepatah kata. Keningnya bertaut erat sambil memandang wajah Vee meminta penjelasan lanjut.

"Dari tadi saya tengok bukan main lagi dia pandang awak. Nampak macam dia cemburu tengok awak dekat sini... kenapa awak tak nak masuk kumpulan yang sama dengan dia tadi? Kan senang, taklah dia asyik curi  pandang awak je..."

Ariel lantas ketawa. Dia meraup wajahnya beberapa kali untuk menghilangkan rasa gemuruhnya. Vee memang pandai meneka riak wajah seseorang dengan mudah. Ariel sendiri terkejut dengan kepantasan mata gadis kacukan itu melihat reaksi Fiesyah Zeyha yang sedang merenung mereka berdua dengan pandangan tajamnya.

"Awak memang suka perhatikan orang?"

"Tak jugak! Cuma kalau secara kebetulan saya tiba - tiba terlihat sesuatu yang pelik atau menarik perhatian, memang saya akan perhatikan lama... Kenapa? Saya tersalah anggap hubungan awak dengan dia?"

Sekali lagi Ariel terdiam. Dia sekadar membiarkan pertanyaan Vee itu tergantung. Dia malas mahu mengulas lanjut.

"Your turn!"

Bunyi suara Vee menyentak lamunan Ariel. Dia lantas berdiri sambil cuba melemparkan segaris senyuman pada Fiesyah Zeyha yang kelihatan moody.

"I dengan dia bukannya couple pun so U jangan fikir yang bukan - bukan tentang  I dengan dia okey. Dia tu cuma anak kepada kawan ibu I aje, tak lebih dari itu.... of course lah I pun kenal dengan dia juga, tapi I tak ada hubungan istimewa dengan dia"

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now