Bab 11

32 5 0
                                    


"Kenapa tiba - tiba bad mood ni, bro? Apa lagi masalah kau kali ni?"

Soal Hakimi seraya menyiku lengan Ariel yang sedang duduk di tepinya. Sepanjang waktu latihan tadi, Ariel kelihatan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan dia cepat berasa letih dan mengadu sakit dada, sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama ini.

Hakimi yang risau melihat keadaan Ariel, mengambil keputusan untuk menamatkan seisi latihan mereka lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Dia takut Ariel tidak dapat bertahan, kalau mereka tetap meneruskan latihan petang itu. Ariel terbaring lesu di atas padang sambil memegang dada kirinya. Dia turut melepaskan keluhan beratnya beberapa kali, seolah - olah dia sedang memikirkan sesuatu, sesuatu seperti masalah peribadi. Kerana sepanjang latihan awal tadi, Ariel kelihatan hilang tumpuan dan kerap tersentak setiap kali dia menegurnya.

Hakimi berpaling dengan wajah berkerut. Sebelum ini, Ariel jarang benar mengeluh penat mahupun letih setiap kali menjalani latihan. Sekarang, belum pun sampai sejam mereka berlatih dia sudah menunjukkan simptom keletihan yang agak drastik. Keluhan berat dan kasar seperti itu juga memang jarang keluar dari mulut Ariel. Hakimi yakin temannya itu sedang mempunyai masalah peribadi dan sekarang ianya turut menggugat tumpuannya sehinggakan dia tidak dapat menjalani latihan dengan sebaik mungkin.

"Kenapa dengan kau, Riel sebenarnya? Sakit sangatkah dada kau tu? Kalau sakit, baik kita pergi klinik sekarang..."

Soal Hakimi dengan nada risau. Ariel lantas bangun dan duduk menghadap Hakimi yang jelas  kerisauan.

"Aku tak sakit pun!"

Balas Ariel bersahaja.

"Habis tu yang moody sejak tadi kenapa? Dah tu, letih mengalahkan orang yang baru lepas marathon... kau jarang ada masalah macam tu sebelum ni... Kau ada masalah peribadi?"

Ariel memandang Hakimi seketika sebelum dia kembali baring semula di atas padang dengan menyilang tangannya di kepala. Hakimi yang menunggu jawapan Ariel, kerut dahi seribu melihat kelakuan pelik temannya itu.

"Mana aku tak moody kalau asyik bergaduh aje dengan minah celup tu, setiap kali kami terserempak!"

Ujar Ariel sambil melepaskan keluhannya lagi. Hakimi angkat kening.

Lain macam je bunyi dia... Urm!

"Siapa?"

"Siapa lagi kalau bukandengan  Vee! Pelik betullah minah celup tu..."

Tambah Ariel lagi dengan nada yang sedikit tegang. Wajahnya juga turut kelihatan suram. Hakimi mendekati Ariel dan bertanya dengan nada rendah, berbisik.

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?"

"Hurm... aku gaduh lagi dengan lawyer tak bergaji tu pagi tadi! Aku hairan betullah dengan minah tu.... asal jumpa aku aje, mesti dia akan naik minyak. Asal jumpa aje... mesti nak meletup! Mereng agaknya kepala otak dia tu.... argh!"

Sambung Ariel beremosi. Hakimi sekadar jungkit bahu. Dia faham benar dengan apa yang di katakan oleh Ariel itu. Dia juga tidak dapat menafikan sikap baran Vee itu. Tapi Vee, jarang benar mengamuk atau marah seperti apa yang di katakan Ariel. Dia belum pernah lagi melihat gadis kacukan itu melenting atau mengamuk dengan orang lain seperti apa yang berlaku dengan Ariel sendiri.

"Bila aku tanya, mulalah dia nak melenting! Kalau aku bergurau, ada saja yang tidak kena dengan mood dia. Takkan period dia datang setiap kali dia terserempak dengan aku kot?!"

Ujar Ariel dengan nada tidak puas hatinya. Hakimi yang mendengar luahan hati Ariel itu, sekadar duduk diam. Dalam hati diia cuba untuk menahan perasaan geli hatinya.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now