Bab 1

197 9 5
                                    


"Hoi cik adik! Nak matikah?!"
Teriak si pemandu Toyota Altis itu secara tiba - tiba membuat Vee terkejut besar.

"Hei cik abang! Awak tu yang buta tau! Saya bukannya jalan dekat tengah jalan pun..." 

Balas Vee geram. Dia sakit hati dengan tindakan si pemandu kenderaan itu yang secara tiba - tiba membunyikan hon keretanya, seolah - olah dia sedang berjalan di tengah - tengah jalan.

Dasar lelaki hipokrit!! Adakah patut aku pulak yang dia blame? Arggh!

Menyedari akan tindakan yang bakal di buat oleh gadis itu, dia cepat - cepat melarikan kenderaannya dari tempat tersebut sebelum sempat untuk gadis itu melihat wajahnya. Vee ketap bibir. Dia betul - betul rasa tercabar dan geram dengan sikap dan juga tingkah laku pemandu kereta Toyota Altis itu. Terasa suhu badannya meningkat naik, mendadak secara tiba - tiba, pagi itu. Dia cuba untuk bersabar dengan menarik nafas dalam beberapa kali sambil melepaskannya perlahan - lahan.

Ikutkan hati dan perasaannya saat itu, mahu sahaja dia menjerit. Rambutnya yang masih lagi lembap terpaksa di ikat. Bukan sebab cuaca pagi itu yang panas, tapi sebab suhu badannya tiba - tiba naik baran dan membuatkan rambutnya yang tidak bersalah itu turut menjadi mangsa keadaannya, sekarang.

Argggh!!

Entah apa sahaja yang tidak kena dengan dirinya hari itu pun dia sendiri tidak tahu. Sudahlah seawal subuh tadi dia terpaksa bangun lebih awal dari biasa. Alih - alih pagi itu pula, dia hampir - hampir menjadi mangsa kemalangan jalan raya oleh si pemandu yang tidak bertanggungjawab itu tadi. Entah apa yang tidak kena dengan si pemandu kereta Toyota Altis itu sehinggakan jalan yang begitu besar pun tidak cukup untuk dia memandu lalu kenderaannya. Sempit sangatkah jalan masuk ke kampus mereka?

Vee kerut dahi seribu. Fikirannya sesak dengan pelbagai andaian dan juga teori mengenai sikap dan tingkah laku pemandu Toyota Altis tersebut yang dia rasakan tidak begitu munasabah.

Yang tetiba bunyikan hon tu kenapa? Macam jelah jalan dekat kampus ni tidak cukup luas untuk kereta dia tu! Ugh, kalau aku jalan dekat tengah jalan tadi, kira logik juga kalau dia bunyikan hon kereta dia... arggh! Geramnya aku!!! Dia ingat dia drive kereta brand oversea macam tu aku kisah?! Piirah... hatta Ferrari sekalipun aku tak akan hadap sangat pun... Ceh!

Dadanya yang sudah kembali berfungsi normal, di urut beberapa kali. Nasib baik jantungnya masih lagi sihat dan kuat. Kalau tidak, dia boleh jadi arwah. Mati terkejut, di buat si pemandu gila itu tadi. Langkahnya di atur perlahan menuju ke ruang bangunan yang menempatkan dewan kuliahnya.

Dari jauh sudah kedengaran bunyi suara siswa dan siswi kampus mereka, bercerita di tepi - tepi koridor mahupun ruang anak tangga sepanjang bangunan tersebut. Vee menarik nafas dalam beberapa kali. Suasana sebegitu memang mudah mengundang tekanan dari segi mental dan juga fizikalnya yang baru sahaja di uji. Tahap kesabarannya juga semakin hampir menuju ke angka - 0%.

Baru sekejap tadi dia hampir - hampir meledakkan perasaan emosinya dan sekarang dia kembali di uji sekali lagi. Vee ketap bibir, cuba untuk bertahan. Dia lantas menarik ear phone telefonnya keluar, untuk mendengar lagu. Biar dia rasa tenang sedikit dari mendengar bunyi suara dan juga cerita - cerita karut dari rakan - rakan sefakultinya yang lain yang bila bercerita, semuanya pun tidak akan mah untuk mengaku kalah.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now