Bab 31

32 3 0
                                    


Petang itu, Vee cuba untuk mengambil angin di laman rumah apabila dia melihat ibu mertuanya, Datin Sri Roqaiyah kelihatan sibuk mencatat sesuatu pada diarinya. Vee yang pada mulanya sekadar memerhatikan perbuatan ibu mertuanya itu tergerak hati untuk bertanya lanjut.

"Ibu tengah catit apa dekat dalam diari tu, sibuk benar Vee tengok?"

Datin Sri Roqaiyah mendongak sambil tersenyum tipis. Pen yang di gunakannya tadi di letakkan semula di atas diarinya.

"Bila Vee balik dari pejabat?"

Kening Vee bertaut erat. Dahinya turut berkerut mendengar pertanyaan ibu mertuanya itu yang seolah - olah langsung tidak menyedari kehadirannya disitu sejak awal tadi.

"Vee dah lama tak masuk ofis, Bu. Abang yang tak suruh Vee masuk kerja. Dia nak Vee duduk rumah aje dan datang ke pejabat bila perlu ... Ibu dah lupakah?"

Datin Sri Roqaiyah tersengih. Dia betul - betul terlupa dengan anak menantunya itu. Semenjak dia sibuk berpersatuan sekarang ini, banyak perkara yang dia sudah terlupa. Lebih - lebih lagi kalau dia terlupa untuk mencatatnya pada buku diarinya, pasti dia tidak akan teringat lagi.

"Ibu ingatkan Vee masih masuk pejabat dengan Ariel lagi... Ibu dah lupa agaknya!"

"Sudah dekat lima bulan Vee tak masuk ofis, Bu. Abang kata dia boleh handle everything dekat sana dah sekarang ni..."

Balas Vee dengan senyuman penuh maknanya. Ibu mertuanya turut melemparkan senyuman sebelum dia kembali menyambung semula catitannya yang terhenti tadi.

"Ariel itu sama aje dengan ayah dia, keras kepala! Sudah bapa borek, anak pun rintik jugalah... kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, iya tak?"

Vee angguk mengiyakan kata - kata ibu mertuanya itu. Suaminya memang kuat berkerja. Jarang sekali dia melihat dan mendengar rungutan keluar dari mulut suaminya mengenai kerja pejabat, di rumah.

Ariel kelihatan bersahaja setiap kali dia balik dan langsung tidak menunjukkan yang dia letih berkerja seharian di pejabat. Vee tahu bukan mudah untuk suaminya menguruskan syarikat yang biasanya di uruskan oleh mereka berdua sebelum ini.

Namun bagi Ariel, dia lebih suka melihat Vee duduk di rumah berbanding duduk di pejabat. Bukan sebab tidak suka isterinya berkerja, tapi dia mahu Vee menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga mereka sahaja dan bukannya benda lain. Dia tidak mahu membebankan Vee dengan dua kerja yang penting dalam satu masa.

Urusan rumahtangga mereka jauh lebih penting dari urusan kerja pejabat dan dia takut akan memberikan tekanan kepada mereka berdua kelak kalau mereka berkerja di bawah satu bumbung yang sama.

Namun Ariel tidak menghalang Vee berkerja dari rumah.Vee berkerja sebagai seorang freelancer untuk syarikat suaminya dan secara tidak langsung dia masih turut terlibat dalam menguruskan soal syarikat mereka, cuma bezanya dia tidak perlu berada di dalam pejabat sepanjang masa.

Vee cuba untuk melayan ibu mertuanya berbual memandangkan dia terasa bosan petang itu. Sekali sekala berbual panjang dengan ibu mertuanya bagus juga.

"Ery pergi mana, Bu? Sejak dia balik cuti ni, jarang benar nampak dia duduk dekat rumah. Sibuk sangatkah pusat tuisyen tu?"

"Erm, yang itu pun sama juga! Dua kali lima dengan suami kamu dan suami, Ibu. Entah apa saja yang dia dapat dengan mengajar dekat pusat tuisyen tu? Tak lama lagi dah nak flight balik pergi UK dah.....

Kalau ianya pun jadi tutor dekat sana, tidak perlulah sibuk mengalahkan perdana menteri. Entah ke mana ajelah dia pergi merayap pun, Ibu tak tahu"

Balas Datin Sri Roqaiyah dengan keluhan kecilnya. Vee mengukir senyuman, lucu dengan kata - kata ibu mertuanya.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now