Bab 3

75 6 3
                                    


"Along!"

Ery Saffiyah memanggil abangnya yang sedang duduk membaca di laman belakang. Ariel berpaling. Dia lantas mengukir senyuman takala melihat kelibat adik perempuannya itu muncul dengan keadaan tercungap - cungap pagi itu.

"Dari mana? Jogging?"

Soal Ariel seraya menghulurkan segelas air oren kepada adik perempuannya itu, yang kelihatan begitu dahaga sekali. Tidak sampai sesaat pun, jus yang di teguknya itu habis. Ariel menghulurkan segelas lagi. Kali ini baru kelihatan adiknya meneguk air jusnya itu perlahan - lahan.

"Ery jogging dengan anak jiran sebelah rumah kita ni...."

Balas Ery Saffiyah sambil menyeka peluh yang menitik pada wajahnya perlahan - lahan dengan menggunakan tuala kecil yang tersangkut pada bahunya. Badannya masih terasa hangat. Pipinya juga terasa panas. Dia perlu menyejukkan badannya terlebih dahulu sebelum membersihkan dirinya nanti.

"Emm, good! Jiran sebelah? Eh, setahu Along jiran sebelah kita ni tak ada anak. Jiran sebelah mana pulak yang Ery maksudkan ni?"

Ujar Ariel dengan wajah serius. Ery Saffiyah kuntum senyuman lebar. Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan - lahan beberapa kali sebelum menjawab pertanyaan abangnya itu.

"Apalah Along ni, jiran sendiri pun tak tahu! Takkan Along tak kenal dengan Kak Ifti?"

Ariel pantas menggelengkan kepalanya. Setakat apa yang dia tahu  dan pasti mengenai jiran sebelah rumah mereka itu ialah, mereka merupakan sepasang suami isteri. Isterinya orang Melayu sementara suaminya pula berbangsa Inggeris atau mungkin salah satu dari bangasa Eropah yang lain, dia tidak berapa pasti sangat. Manakala pembantu rumah pasangan suami isteri itu bernama Mak Bibah.

Ariel tahu pun sebab hampir setiap hari sebelum kehadiran orang tuanya di tanah air, Mak Bibah pasti akan menghantarkan makanan untuknya. Tidak kira sama ada ia adalah waktu sarapan, makan tengahari atau pun makan malam, pasti Ariel tidak pernah tidak merasa setiap hidangan dari rumah jiran mereka itu.

Pasangan suami isteri itu juga cukup prihatin dan baik hati dengannya. Mereka juga kelihatan ramah dan mudah mesra. Namun sepanjang tempoh enam bulan dia duduk bersendirian di situ, dia belum pernah lagi melihat kelibat orang lain selain dari pasangan suami isteri itu sendiri dan juga Mak Bibah.

Pelik!

"Cantik tak?"

Soal Ariel membuat Ery Saffiyah tersengih lucu. Dia lantas menganggukan kepalanya.

"Memanglah cantik! Sudahnya pun nama anak kacukan, mestilah cantik...... muka Kak Ifti tu boleh lawan dengan model iklan antarabangsa tau. Kalau Along nampak mesti Along pun akan terpikat!"

Ariel lantas menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sumbing. Baginya minah celup jarang ada yang cantik. Lainlah kalau anak mat salih yang tulen. Mungkin sebab dia sudah terbiasa melihat wajah anak - anak mat salih yang real membuatkan dia berfikiran sebegitu bila terlihat atau mendengar mengenai anak gadis campuran atau peranakan membuatkan dia tidak terasa sedikit pun akan perbezaannya.

Cantik itu subjektif. Masing - masing punya pandangan dan pendapat yang berbeza - beza. Terserahlah kepada diri masing - masing untuk membuat penilaiannya. Dia pun bukannya seorang yang pentingkan kecantikan sangat pun. Cukup sekadar wanita itu mampu menjadi pelengkap kepada kekurangannya, cukup. Soal cantik atau tidak, itu belakang kira.

"Sudahlah, Long. Ery nak masuk mandi dulu... nanti kita sambung cerita balik, okay"

"Humm, patut sangatlah ada bau masam sejak tadi...."

Ujar Ariel bergurau mengusik adiknya. Ery Saffiyah yang geram dengan gurauan Ariel lantas mencubit lengan abangnya itu sekuat hati sebelum dia berlalu sambil berlari anak masuk ke dalam rumah. Dia turut menjelirkan lidahnya ke arah Ariel yang sedang mengadu sakit. Tidak semena - mena kenangan indahnya ketika kecil dahulu menerjah ruang mindanya saat itu...

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now