Bab 17

22 4 0
                                    


Selepas tamat berbincang mengenai hal anak - anak mereka, Datuk Sri Zainal akhirnya membuat sedikit pengumuman ringkas mengenai berita pertunangan anaknya dengan anak perempuan Tuan Victor Hashim yang akan di langsungkan pada awal bulan hadapan dan berharap agar tetamu yang datang pada malam itu juga dapat menghadiri majlis tersebut nanti.

Hakimi dan Shakira berkongsi kegembiraan keluarga Ariel dan Vee, dengan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana akhirnya mereka bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah Ariel, malah mereka juga dapat menyatukan hubungan dua buah keluarga lagi pada malam itu.

Fiesyah Zeyha akur dengan keputusan yang di buat Ariel. Dia sendiri sebenarnya tidak berapa setuju bila mamanya beria - ia mahu dia memikat Ariel dulu. Bukan sebab tidak yakin dengan dirinya sendiri. Dia yakin dengan kecantikan yang dia miliki itu mampu untuk membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta tapi dia tidak cukup yakin Ariel akan memilihnya.

Ini kerana selepas kejadian yang berlaku di pusat bowling tempohari lagi dia sudah dapat melihat renungan dan pandangan mata Ariel hanya tertumpu kepada Vee seorang saja. Pandangan Ariel terhadap Vee memang berbeza dengan cara Ariel memandangnya. Malah setiap kali mereka keluar bersama - sama, pasti nama Vee akan senentiasa meniti pada bibirnya.

Fiesyah Zeyha turut mengucapkan tahniah kepada Ariel dan juga Vee. Namun kata - kata yang terluah dari mulut Fiesyah Zeyha itu sedikit sebanyak membuat Vee tersentak hebat.

"I cuma nak bagi tahu dengan U satu perkara, Vee..."

Ujar Fiesyah Zeyha berbisik.

"I tak akan teragak - agak untuk rampas Ariel semula dari U kalau I dapat tahu yang U kecewakan hati dia. I sanggup berkongsi kasih dengan U, kalau Ariel sanggup terima I..."

Vee telan liur. Ternyata Fiesyah Zeyha bukanlah seorang gadis yang biasa. Vee melemparkan segaris senyuman kepada Fiesyah Zeyha.

"Glad to hear that. I yakin yang I tak akan kecewakan U... so you don't have to worry about it"

Balas Vee sedikit sinis dengan senyumannya. Fiesyah Zeyha ketawa kecil.

"I tahu. Sebab itulah I tak berharap sangat yang Ariel akan terima I lepas kejadian bowling tempohari. U pun tak perlulah risau tentang I sebab I tidak akan rosakkan hubungan U dengan Ariel.

I terima kekalahan I dengan hati yang terbuka. I doakan U bahagia dengan dia!"

"Thanks, Fiesyah!"

"Your welcome! Hope we can stay as friend after this. I pun bukannya ramai sangat kawan. U tak keberatankan kalau I anggap U sebagai salah seorang dari kawan I?"

"Tak. I lagi gembira sebab kita boleh jadi kawan"



Shakira mendapatkan Vee. Dia lantas menarik tangan Vee ke satu sudut taman di laman rumah Ariel yang sedikit terlindung dari kawasan para tetamu pada malam itu. Shakira gembira dan dia berharap sangat hubungan Ariel dengan Vee tidak berakhir di tengah jalan kerana dia dapat merasakan yang Ariel benar - benar ikhlas terhadap Vee.

"Kau jangan over confident sangat Shak! Aku tak yakin pun hubungan aku dengan dia akan bertahan lama"

"Aik, habis itu kau tak nak bertunang dengan Ariel?"

"Apa yang kau merepek ni?"

"Bukankah korang akan bertunang awal bulan depan? Takkan kau plan nak break up dengan Ariel sebelum itu pulak?!"

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now