Bab 28

30 4 0
                                    


Di meja makan kelihatan papa, mama dan Ariel sedang berbual rancak tanpa sedikit pun kelihatan canggung di antara mereka. Vee senyum lebar melihat keakraban suaminya dengan papa dan juga mama. Dia lega kerana mengambil keputusan untuk menerima Ariel sebagai suami. Melihat pada cara suaminya berbual dengan papa dan mama, dia tahu dia sudah membuat papa dan mamanya bahagia dan gembira dengan keputusannya itu.

Vee lantas mengambil tempat duduk bersebelahan dengan suaminya. Dia turut melemparkan senyuman kepada papa dan mama yang turut kuntum senyuman penuh makna kepadanya. Mak Bibah yang turut tersenyum melihatnya juga sekadar di balas dengan kenitan mata nakal oleh, Vee.

"Sudah rancang nak berbulan madu dekat mana?"

Soal Tuan Victor Hashim dengan wajah seriusnya seperti selalu.

"Belum lagi, Papa. Lagipun abang Riel masih banyak urusan yang tertunda dengan Syarikat Megah. Sekarang ni pulak, Zariel masih out station lagi… next week dia baru ada.."

“Betul tu, Pa. Riel masih banyak urusan lagi dengan company Zariel. Soal honeymoon ni, rasanya kami kena tangguh sikit lagi kot … lagipun kami masih tak fikir nak ke mana lagi untuk honeymoon nanti…"

"Kenapa tidak bincang dengan Tan Sri Hamdan, terus? Kan senang kalau Riel bincang dengan Tan Sri Hamdan tu, dapat jugak pergi berbulan madu awal sikit…"

Kening Vee bertaut mendengar kata - kata papanya. Dia mengerling suaminya yang hanya ketawa mendengar kata - kata papa.

Hai...Pa! Takkan dah tak sabar nak jadi grandparents kot? Humm, papa ingat baby tu macam belonkah? Asal tiup aje terus membesar macam tu.... kita baru je nak merasa hidup sebagai isteri orang......

Papa pulak dah tak sabar nak kita jadi ibu untuk cucu dia. Hurm... Ariel pun sama jugak. Asyik setuju dengan  semua kata - kata papa dan mama... Hai.......

"Memang Riel ada terfikir jugak nak buat macam tu, Pa. Tapi projek dekat Sepang tu, Zariel yang handle 100 %. setiap keputusan yang di buat pun kena melalui dia juga. Tan Sri Hamdan memang tidak ada kuasa untuk masuk campur dalam projek tu…"

"Bagus! Muda - muda lagi sudah pandai nak handle bisnes. Elok bina empayar masa kita masih muda lagi ni, Riel. Fikiran pun masih lagi waras dan fizikal kita pun masih lagi kuat dan cerdas….

Pendek kata bila kita sudah tua nanti, bolehlah kita duduk berehat jaga cucu - cucu pulak! Biar anak - anak pula yang uruskan semuanya nanti. Betul tak apa yang Papa cakap ni, Riel?"

Ariel mengiyakan kata - kata ayah mertuanya. Kalau boleh dia pun mahu berbuat begitu juga. Membina empayar perniagaannya saat dia masih lagi muda dan kuat.

"Papa bukannya apa, Riel, Vee … kalau boleh Papa nak Riel dengan Vee cepat - cepat menimang cahaya mata.."

Mahu terhambur keluar nasi goreng yang berada di dalam mulut Vee saat itu, akibat terkejut dengan kata - kata yang tidak di duganya keluar dari mulut papanya pagi itu.

Dia cepat - cepat meneguk air bagi memudahkan nasi memasuki ruang kerongkongnya yang hampir - hampir tersumbat di buat oleh kata - kata papanya tadi.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now