Bab 20

26 4 0
                                    


Ariel duduk bersandar pada birai katilnya. Rambutnya yang masih lagi basah di biarkan kering sendiri. Dia malas mahu menggunakan hair dryer, tengah malam buta seperti itu. Dia malas mahu mendengar bunyi bising. Kertas yang berada di dalam sampul surat yang di berikan oleh Vee tadi, di buka dan di baca satu persatu isi kandungannya. Dia meneliti kandungan surat itu penuh berhati - hati.

"What? Syarat apa pulak macam ini, ni? Memang tidak masuk akal betullah minah celup tu"

Ariel menggelengkan kepalanya. Dia tawar hati untuk membaca lanjut, tanpa berfikir panjang dia lantas mengambil pen dan terus menurunkan tandatangannya pada kertas itu.

Syarat Vee kelihatan tidak munasabah langsung. Mana mungkin dia mahu memutuskan pertunangan mereka begitu saja. Tempoh enam bulan juga agak singkat untuk dia mencari sebab, untuk memutuskan pertunangan mereka itu. Ariel meraup wajahnya.

Ikutkan mulut, memang dia akan mengatakan dengan sesiapa sahaja yang dia tidak mungkin akan bertahan dengan gadis kacukan itu. Tapi kata hatinya, dia sayangkan pertunangan mereka dan dia tidak mahu mereka putus sampai bila - bila. Malah jauh di sudut hati Ariel, dia turut mengharapkan hubungannya dengan Vee akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan begitu juga seterusnya.

Bunyi telefon bimbitnya membuatkan dia tersentak dari lamunan. Pada mulanya dia mahu mengabaikan sahaja panggilan tersebut kerana agak mustahil untuk dia menerima panggilan pada lewat tengah malam buta seperti itu. Hakimi sendiri tidak pernah menelefonnya selewat itu. Namun bila bunyi telefonnya tidak putus - putus, Ariel lantas membalas panggilan tersebut dengan nada malas. Sebaik sahaja dia menjawab talian si pemanggil, mulutnya terlopong luas. Dia hampir - hampir tidak percaya dengan apa yang sedang dia dengar ketika itu.

Tidak mungkin!!!

"Kau tolong kami, Riel. Besok pagi kau datang dengan ayah kau, bail aku"

Ujar Hakimi perlahan dengan nada suara bergetar. Ariel menarik nafas dalam. Dia turut bersimpati.

"Sure. Nanti aku ajak ayah pergi sana… parents kau dah tahu?"

"Papa dengan mama aku mana ada dekat Malaysia sekarang. Mereka dekat Jepun. I'll call them soon. Shak dah call parents dia dah, tadi…"

"Ooo… atau kau nak aku call parents kau?"

"Tak payah. Biar aku sendiri yang cakap dengan mereka. Kau dekat mana sekarang?"

"Aku dekat rumah ni…"

"Alhamdulillah. Glad to hear that..."

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni, Kimi? Kenapa kau dengan Shak boleh kena tangkap sampai macam ni…"

"Nanti sajalah aku cerita dengan engkau, Riel. Aku tak ada masa nak cakap panjang dengan kau sekarang. Aku letak dulu, key"

"Okey... I'll see you tomorrow morning..."

"Okey. Thanks Riel"

"Your welcome, Kimi... anytime, bro... anytime"

Talian di putuskan sebaik sahaja Hakimi meletak panggilannya. Dia memanjat seribu kesyukuran di dalam hati kerana dia dengan Vee selamat tiba di rumah tanpa ada apa - apa kejadian yang tidak di ingini berlaku dengan mereka.

Alhamdulillah...

Ariel kembali termenung panjang di tempat duduknya. Kejadian yang sedang menimpa Hakimi dengan Shakira pasti ada hikmah di sebaliknya. Ariel teringat dengan Fiesyah Zeyha. Dia dan Fiesyah selalu keluar malam dan balik lewat. Malah mereka juga gemar duduk di tempat yang sunyi dan tertutup. Malah jika mereka makan malam di hotel sekali pun mereka akan mengambil tempat duduk di kawasan yang agak tertutup dari pandangan orang ramai. Kata Fiesyah, privasi amat penting untuk dirinya.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now