Bab 29

32 3 0
                                    

Vee duduk sambil bersantai di ruang laman rumah bersendirian dengan membelek majalah hiasan dalaman yang baru di belinya semalam. Teringat dengan sikap suaminya yang semakin berkira bila dia membeli pelbagai jenis majalah sejak kebelakangan ini. Kata Ariel dia banyak membazir kerana kebanyakan majalah yang di belinya sebelum ini pun sekadar menjadi barang hiasan di dalam rak buku, langsung tidak di buka dan dibaca lagi sepenuhnya.

Mama dengan ibu mertuanya pula keluar sejak pagi tadi dan sehingga ke  tengahari itu masih juga belum balik - balik lagi. Semenjak terlibat dengan persatuan, kedua wanita itu semakin sibuk dengan aktiviti persatuan mereka berdua. Turut tidak ketinggalan jadual spa dan salon mereka berdua. Kemana - mana, mereka pasti akan pergi berdua seperti belangkas.

Papa pula sibuk dengan urusan syarikatnya. Begitu juga dengan ayah mertuanya. Ery Saffiyah yang sekarang sedang bercuti di tanahair turut sibuk membantu bekas teman seuniversitinya di pusat tuisyen temannya itu, dengan menjadi tutor sementara dan memberikan tuisyen tambahan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan juga STPM.

Ery Saffiyah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Master dan hanya akan tamat pengajian pada penghujung tahun hadapan. Dia berkira - kira mahu memindahkan pelajarannya ke universiti tempatan semula memandangkan ia sudah pun setaraf dengan kebanyakan universiti terkenal di luar negara selain, dia tidak mahu berpisah jauh lagi dengan keluarga.

Namun keputusannya di tolak oleh Ariel dan juga ayah mertuanya kerana, mereka sudah banyak menghabiskan wang ringgit bagi menampung kos pembelajaran Ery Saffiyah di luar negara. Mahu tidak mahu dia terpaksa menamatkan pengajiannya di luar negara juga. Cuma hanya tinggal setahun sahaja lagi dia akan menamatkan pengajiannya disana. Sewa rumah Ery Saffiyah juga sudah di bayar sehingga ke waktu itu. Dan bukan senang untuk mereka meminta wang  pendahuluan mereka semula selepas  sudah memberikannya kepada tuan rumah.

Cara berurusan di luar negara juga tidak sama dengan cara di tanahair.
Suaminya sendiri turut banyak berubah. Masa mula - mula kahwin dulu, dia tidaklah terlalu tegas seperti sekarang. Malah sifat ke bertanggungjawaban suaminya itu semakin ketara bila ada di antara mereka mulai mengabaikan solat.

Ariel memang tidak suka bila mereka sengaja mengambil mudah urusan berkaitan soal agama. Setiap hujung minggu, mereka akan menghadiri kelas agama bersama - sama dan hubungan mereka sekeluarga juga semakin bertambah erat.

Urmm... boringnya! Nak buat apa ehk? Rumah pun dah siap kemas dah!

Guman Vee sendirian tanpa menyedari kehadiran suaminya yang sejak tadi menggamati segala kelakuannya dalam diam. Ariel ukir segaris senyuman sambil mendekati isterinya yang masih lagi duduk termenung.

"Amboi, jauhnya isteri abang termenung. Ingat siapa?"

Ariel membongkok dan mencium dahi isterinya sebelum sempat untuk Vee bangkit dari tempat duduknya dan mencium tangan suaminya itu.

"See... abang lebih cepat dari sayang tau!"

Ujar Ariel sambil sengaja memicit hidung mancung isterinya kuat - kuat. Sudah agak lama dia tidak melihat wajah cantik itu merajuk dan marah dengannya. Terasa rindu pula dengan kenangan lalu mereka.

Vee yang kesakitan, terjerit kecil dan memukul lengan suaminya sekuat hati. Dia geram dengan tindakan Ariel. Lantas hidungnya di usap perlahan - lahan.

"Abang ni memang pantang tau, kalau tak usik orang. Ini yang tiba - tiba miang semacam ni kenapa? Dah jumpa dengan little princess itukah?"

Ujar Vee turut sengaja mengusik suaminya dengan menyebut nama little princess itu di hadapan Ariel. Ariel yang masih bersisa ketawa, memandang isterinya dengan gelengan kepala.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now