Bab 35

35 3 1
                                    

Belum pun sempat Ariel membuka daun pintu bilik, tiba - tiba pintu itu terbuka dari dalam dan wajah isterinya yang tercinta muncul di muka pintu. Wajah itu masih lagi kelihatan letih dan pucat.

Vee yang turut terkejut melihat kelibat suaminya disitu, tidak sempat untuk membuka mulut dan bertanya, apabila dia sudah berada di dalam pelukan erat dan kemas suaminya.

"Thanks for everything, Hon! Abang tak tahu nak cakap apa lagi dah dengan sayang. Thank you... tak sangka sayang sanggup buat itu semua semata - mata nak meraikan hari lahir abang kali ni.."

Vee kembali memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut sakit dan berat. Tapi mengenangkan dia tuan rumah kepada majlis itu dia sanggup bangkit tadi. Nanti apa pula kata tetamu jemputannya kalau tidak melihat wajahnya muncul di dalam majlis itu.

Tetamu mereka pun bukannya tahu apa yang berlaku dengannya tadi. Mereka cuma tahu yang majlis itu ialah sempena majlis ulang tahun hari lahir suaminya sahaja dan mereka di jemput untuk meraikannya tanpa mengetahui yang tuan empunya majlis itu sebenarnya mempunyai urusan di luar negara dan terpaksa membatalkan penerbangannya.

"Sayang nak ke bawah?"

Vee angguk lemah.

"Kalau macam itu, jom kita turun sama - sama. Sayang langkah perlahan - lahan sikit..."

Ujar Ariel sambil memapah isterinya untuk bergerak.

"Kenapa tak cakap awal - awal yang sayang nak celebrate birthday dengan Valentine day dengan abang?... kalau abang tahu, boleh juga abang tempah tempat yang jauh lebih sunyi dan romantik untuk kita berdua aje!"

Vee tersenyum dengan kata - kata suaminya. Namun langkah mereka di hentikan saat tiba di anak tangga terakhir. Vee meminta Ariel untuk membawanya naik semula ke atas, bilik mereka.

"Dah tak sabar ya..."

Usik Ariel nakal. Vee mencubit lengan suaminya sekuat tenaga yang dia ada pada malam itu.

"Gatal!"

Ariel kembali mengekek ketawa. Dia betul - betul rasa bahagia.

"Abang tunggu sekejap. I have something to show you first..."

Ariel hanya mengikut kehendak isterinya dan duduk menunggu di atas katil mereka. Vee mengeluarkan kotak kecil berwarna maroon dari meja sisi katil mereka dan menyerahkannya kepada Ariel.

"Happy birthday and happy Valentine too, Aloy!"

Ujar Vee sambil tersenyum manis. Dia turut mengenit mata nakal kepada suaminya yang masih lagi terpegun mendengar kata - katanya tadi.

"Mana sayang tahu? Er... abang.."

Vee jungkit kening tinggi. Bahunya turut di angkat bersahaja.

"Sebenarnya abang nak bagi tahu dengan sayang perkara ni sebelum kita kahwin lagi, tapi abang fikir elok abang simpan dulu dan bagi tahu sayang kemudian.....

Abang memang rancang nak bagi kejutan dekat sayang masa first anniversary kita julai nanti.... abang memang nak sayang tahu siapa abang yang sebenarnya. Cuma..."

"Cuma abang masih tak percaya dengan Vee lagi?"

"Tak, bukan macam itu. Abang memang percaya dengan sayang pun. Sebab itulah abang tanya tentang gelang tu dengan sayang. Abang ingat, sayang sudah buang atau hilangkan gelang tu. Rupa - rupanya sayang sudah lama tahu dah ..."

Balas Ariel perlahan. Dia merenung gelang pemberiannya enam belas tahun lepas yang masih lagi kelihatan baru di dalam kotak tersebut. Vee yang masih belum habis menduga suaminya, lantas menarik sampul putih yang turut berada di dalam kotak itu dan menyerahkannya kepada Ariel.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now