Bab 12

32 5 0
                                    


Lama juga Vee duduk berteleku di atas tikar sejadahnya. Dia cuba untuk memuhasabah diri sendiri dengan duduk berzikir dan berwirid. Hatinya yang kacau dan berkecamuk pasti akan tenang jika dia mulai bersujud dan berzikir. Entah berapa lama dia hanya duduk berdiam diri di situ, dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia tahu, setelah kakinya mulai terasa lenguh dan sakit barulah dia tersentak dari monolog jauhnya sebentar tadi. Puas mencermin diri sendiri di atas tikar sejadah dan berdoa untuk di permudahkan segalanya, dia akhirnya bangkit dari tempat solatnya dan berlalu keluar ke balkoni untuk menghayati suasana malam itu sendirian.

Dia berdiri menghadap arah Laut China Selatan yang beribu batu jauhnya sambil menutup mata, cuba untuk menghayati suasana tenang itu. Hembusan angin malam yang bertiup sepoi - sepoi bahasa pada malam itu benar - benar memberikannya satu perasaan tenang dan damai. Dengan menarik nafas dalam beberapa kali, dia mengukir senyuman nipis kerana masih di berikan peluang untuk menghayati keadaan indah itu. Sesekali anak matanya akan singgah ke arah balkoni sebelah yang kini gelap.

Sudah pasti Ariel sudah lama terlena. Malam pun bukannya masih muda lagi. Waktu sudah pun hampir mencecah pukul satu setengah pagi dan dia sendiri masih lagi berdiri di luar cuba untuk mencari secebis ketenangan untuk dirinya malam itu. Vee mendongak ke atas dada langit yang kelihatan terang dengan cahaya bulan dan bintang yang bersinar menerangi segenap ruang dada langit yang cukup cantik dan sempurna sekali pada pandangan matanya.

Vee mengucap syukur di dalam hati beberapa kali. Cahaya malam yang cukup terang dan indah itu mampu menyuluh segenap penjuru ruang bumi tanpa ada sebarang cacat celanya. Bak kata pepatah orang - orang lama, di mana ada bulan, pasti bintang akan turut sama menemani. Begitu juga dengan air laut yang pasti akan singgah ke pantai jua biarpun cuma seketika. Sama seperti manusia juga, sejauh mana kitta pergi atau sebanyak mana harta kekayaan yang kita ada pasti kita akan kembali jua kepada sang pencipta yang Esa.

Vee kembali memejamkan matanya. Rambutnya yang panjang di biarkan lepas dan di tiup angin malam yang lembut. Senyumannya lebar. Dia benar - benar sudah kembali berasa tenang semula. Tidak ada lagi perasaan sakit hati mahu pun perasaan tidak puas bersarang di dalam hati dan juga mindanya. Dia berpeluk tubuh dengan mata yang masih lagi segar.

Dia langsung tidak menyedari kehadiran Ariel di balkoni sebelah sejak tadi, yang begitu asyik memerhatikannya dalam diam. Vee yang masih lagi termenung jauh, mengerut dahi bila terdengar satu suara yang cuba untuk mengganggu ketenangannya. Dia tarik muncung panjang.

"Psst... psst..."

Vee membuka kelopak matanya perlahan - lahan. Dia berpaling. Ariel melambaikan tangan padanya. Vee sekadar membalas dengan tersenyum tipis. Ariel memang kelihatan lebih berbeza dan tampan bila mengenakan pakaian sebegitu. Wajahnya kelihatan jauh lebih matang.

Lengan kemejanya di singsing ke paras siku dengan ikatan tali leher yang sengaja di longgarkan dengan beberapa butang baju kemejanya di biarkan terbuka, membuatkan dia kelihatan lebih maskulin. Pandangan Ariel membuat Vee tidak senang berdiri. Dia melarikan pandangannya ke dada langit semula. Ariel berdehem seketika. Dia berpeluk tubuh.

"Kenapa renung bulan?"

Vee sekadar jungkit bahu selamba tanpa mengalihkan sedikit pun pandangannya.

"Dari U mendongak ke atas renung bulan dengan bintang yang tetap akan bersinar macam itu, baik U pandang I dekat sini, lagi baik dan berfaedah!"

Vee tersenyum dengan cebikan lucunya. Usikan Ariel itu mengundang satu perasaan aneh di dalam hatinya yang mula berdegup kencang.

"Saya bukan renung bulan dengan bintanglah!"

Balas Vee acuh tidak acuh. Ariel sekadar tersengih lucu. Senyuman Vee membuatkan hatinya berdetik hebat.

"Habis tu yang asyik sangat mendongak dekat atas tu, kenapa?"

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now