Bab 23

24 5 0
                                    


Rumah Uncle Zahirman meriah dengan kunjungan sanak saudara yang hadir, meraikan majlis perkahwinan Shakira dan juga Hakimi. Jiran tetangga turut di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Rumah keluarga Shakira penuh sesak dengan kehadiran para tetamu jemputan mereka.

Vee sendiri sudah seminggu duduk bermalam di rumah Shakira. Dia turut membantu apa - apa yang patut bagi melancarkan majlis bersejarah temannya itu dengan sebaik yang mungkin. Awal pagi tadi dia sibuk membantu ibu Shakira, Puan Zulaika menyiapkan hidangan kuih - muih untuk para tamu.

Pukul sepuluh pagi pula, dia menjenguk ke kediaman pengantin lelaki untuk melihat persiapan yang di buat di sana bagi pihak Shakira.
Namun tidak lama selepas itu, Ariel menghubunginya dan mengajaknya untuk bertemu. Ingatkan Ariel sudah pun berada di rumah Hakimi. Rupa - rupanya lelaki itu terlupa dengan majlis teman baiknya sendiri.

Bila Vee cuba menelefon talian telefon bimbitnya, talian itu senentiasa sibuk dan sukar untuk di hubungi. Malah telefon rumah lelaki itu juga sunyi tanpa jawaban. Menurut Hakimi keluarga Ariel berada di UK, menguruskan hal berkaitan pendaftaran Ery Saffiyah di sana. Pak Jak pula balik bercuti ke kampung. Bibik pula sibuk entah ke mana, sementara Ariel sendiri berada di Australia menguruskan urusan perniagaannya.

Vee sendiri kurang pasti dengan keadaan rumah Ariel, memandangkan dia sudah seminggu duduk berkampung di rumah Shakira. Papa dengan mama berada di Pulau Pangkor. Mereka tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Shakira dengan Hakimi kerana papa sedang melawat salah seorang dari keluarga pekerjanya yang baru sahaja kehilangan anak dalam kemalangan jalanraya baru - baru ini. Tiba di perkarangan rumah Shakira, Vee terus berlalu ke bilik pengantin perempuan.

"Vee, aku nervous lah…"

Shakira yang sudah siap di hias cantik, berjalan mundar - mandir di dalam bilik pengantin.

"Calm down, Shak. Tarik nafas dalam - dalam, hembus… tarik..... aku tahu kau boleh. Jangan di layan sangat perasaan kau tu..."

"Cakap memanglah senang, Vee. Hari ni tak sama macam dengan hari - hari yang pernah aku lalui dengan Kimi dulu, tau… hari inilah yang akan memulakan episod dan detik terbaru dalam hidup aku. Sebab itu aku resah macam ni"

Ujar Shakira masih lagi gelisah di tempat duduknya. Dia tidak senang duduk. Tidak sampai sesaat dua, dia kembali mundar - mandir semula dan mengadu senak perut pula.

"Aku tidak nampak pun sebab untuk kau nervous sampai ke tahap macam ni? Bukannya orang tak pernah lihat engkau dengan Kimi jalan berdua pun sebelum inikan. So, kau tenang aje... buat macam biasa"

Ujar Vee selamba tanpa memikirkan perasaan Shakira yang sebenar ketika itu.

"Hoi, makcik! Ini bukan soal first date atau hari - hari yang kami lalui bersama sebelum ni... today is different than those days!"

Ujar Shakira seraya bercekak pinggang, geram di hadapan Vee yang tersenyum manis padanya.

"Dah tu?"

"Kau takkan faham apa yang aku sedang rasa sekarang ni, Vee. Melainkan kau berada dekat tempat aku …"

Vee jungkit bahu. Dia tahu itu, dan sebab itu jugalah dia bercakap begitu dengan Shakira bagi melegakan sedikit perasaan gemuruhnya sendiri.

Biarpun bukan dia yang akan melalui hari itu, tapi dia tidak dapat menolak perasaan gelisah dan gemuruhnya juga. Dia dapat membayangkan dirinya di tempat Shakira. Cuma dia tidak memperlihatkannya secara nyata di hadapan temannya itu.

"When you get married someday, you'll understand the feeling it self... perasaan yang kau sukar nak jelaskan dengan kata - kata…..

Rasa macam nak menangis pun ada, happy pun ada, gemuruh dan gementar, tak payah nak cakap lagilah macam mana…  The feeling is so different and is like everything is blend in together and..."

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now