Bab 24

22 4 0
                                    


Ariel duduk sambil bersiul kecil di luar balkoni biliknya. Dia sempat mengerling ke balkoni sebelah yang kosong. Lampu di bilik tidur wanita itu juga sudah tidak menyala. Ariel melihat jam tangannya yang baru saja merujuk pada angka sembilan sepuluh minit malam.

Malam masih muda untuk Vee tidur. Dia tahu Vee suka tidur lewat. Ariel melarikan pandangannya ke kawasan laman di sebelah sana yang turut sunyi, sebelum kembali berbaring malas semula, di bangkunya sambil kedua belah tangannya di letakkan di belakang kepala.

Hurmm...  ke mana pulak Sweet pergi?Biasanya dia mesti call aku dulu kalau dia nak pergi mana - mana... Takkan dia pergi rumah Shak dengan Kimi pulak?

Tapi mustahil dia tidak ajak aku pergi sekali, kalau betul dia pergi sana?Kimi pun tak cakap apa pun tadi dekat aku. Zariel?? Mustahil, dia keluar dengan Zariel lagi. Aku dah cakap awal - awal lagi tentang mamat tu dekat dia!

Ariel lepas keluhan kecil. Dia kembali termenung jauh, fikirannya tiba - tiba teringat kepada Sweet. Vee dengan Sweet memang amat jauh berbeza. Mungkin sebab Sweet ketika itu masih lagi kecil dan montel dan juga tidak pandai bergaya serta mendandan dirinya berbanding Vee yang sekarang ini, jauh lebih matang dan pandai membawa diri.

Tapi walau apa pun keadaan mereka, dia tetap mencintai mereka berdua seadanya. Ariel teringat perbualannya dengan ayahnya beberapa minggu yang lepas ketika mereka sama - sama ber jogging di kawasan taman berhampiran kawasan perumahan mereka. Ayahnya tiba - tiba bercerita mengenai masa kecil Vee dengannya tanpa dia perlu bersusah payah untuk bertanya.

"Riel kenal tak siapa Vee tu, yang sebenarnya sebelum ni?"

Ariel yang baru hendak mula merenggangkan badannya berhenti seketika dari membuat senaman. Dia duduk bersebelahan ayahnya yang sedang membuat senaman ringkas sambil menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali.

"Maksud ayah anak Uncle Victor tu? Humm … kenal biasa macam itu sajalah, dulu. Dia memang serius masa dekat kampus …… tak sangka pula dia jadi tunang Ariel sekarang!"

Ujar Ariel sambil ketawa kecil. Datuk Sri Zainal turut sama ketawa. Siapa pun Vee yang sebenarnya, dia sudah pun sah menjadi tunangan Ariel. Baik dan buruk wanita itu akan di terimanya dengan hati terbuka.

"Betul kamu tidak ingat langsung dengan dia?! Dulu bukan main lagi kamu tak nak berpisah pelbagai dengan Vee tu…"

Ariel kerut dahi. Dia lantas geleng kepala mendengar kata - kata ayahnya.

Teka - teki apa pulak yang ayah cakap ni? Suka sangat sebut pasal minah celup tu dekat aku, kenapa? Macam dah tak ada perempuan lain lagi yang dia orang berdua nak promote dekat aku selain minah panas baran tu! Ugh... rimaslah, asyik nak dengar pasal dia.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now