Bab 27

25 3 0
                                    


Selepas selesai solat zohor, majlis akad nikah di langsungkan di rumah pengantin perempuan dan hanya dengan sekali lafaz sahaja, Vee sah bergelar isteri kepada Ariel.

Suasana cukup meriah dan riuh sekali saat acara membatalkan air sembahyang berlangsung. Singgah satu kucupan halus pada dahi Vee yang tertunduk menahan sebak yang mulai melandanya.

Ucapan selamat juga turut tidak lekang dari mulut sanak saudara  serta sahabat andai mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka berdua hari itu.

Vee dengan Ariel menyapa semua tetamu yang hadir dengan penuh mesra dan ramah. Hakimi dengan Shakira turut tidak ketinggalan dalam majlis bersejarah kedua teman baik mereka itu. Melihat senyuman lebar kedua pengantin membuatkan mereka berbalas pandangan, bahagia.



Majlis berakhir sebelum waktu solat maghrib, jauh lebih awal dari apa yang Vee harapkan. Majlis sambut menantu pula akan di adakan selepas papa dan mama Vee balik dari mengerjakan umrah bulan hadapan.

Vee yang duduk bersendirian di dalam bilik pengantin yang di hias indah itu mulai berasa gemuruh, dia resah menunggu kehadiran Ariel. Ariel pula pasti masih lagi sibuk membantu papa menyelesaikan urusan khemah dan katering yang turut sibuk mengemas barang - barang mereka di bawah.

Vee semakin gementar, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu di dalam bilik itu seorang diri, membuat dia berasa rimas dan tidak selesa. Lantas dia bangkit dan menukar pakaiannya.

Baju tidur berlengan panjang dengan seluar dari rona, warna lembut di kenakan pada tubuhnya yang lampai keletihan dan gundah, malam itu. Telefon bimbitnya berbunyi, nama Shakira terpamer pada skrin telefon bimbitnya.

Vee lantas menjawab panggilan temannya itu dan melayan perbualannya di dalam talian, sekadar untuk membuat dia berasa tenang sedikit saat itu. Dia juga segan untuk turun ke ruang bawah, malu kalau - kalau Mak Bibah dengan mama  akan menguskinya nanti. Pasti kedua wanita itu masih lagi sibuk di dapur.

Vee cuba membuang fikiran yang bukan - bukan dari mindanya. Dia kembali fokus dengan perbualannya bersama Shakira di dalam talian. Usikan Shakira yang tidak henti - henti juga membuat Vee malu sendiri. Terasa pipinya panas, tiba tiba.

Vee terkejut bila, Ariel secara tiba - tiba merangkulnya kejap  dari belakang dan mengucup belakang tengkuknya tanpa dia sedari. Badannya menjadi seram sejuk. Dia kaku di tempat duduknya. Kata - kata manis yang terluah dari mulut suaminya itu iuga membuatkan dia hilang tumpuan terhadap perbualannya dengan Shakira.

Lantas Vee menamatkan perbualannya sebelum Shakira mulai mendengar yang bukan - bukan di dalam talian.

"Got to go, Shak. In Shaa Allah, aku  call kau nanti…"

"Okey! Good luck my friend..... fighting!"

Ujar Shakira sambil tergelak besar di dalam talian. Vee ketap bibir. Dia di serbu perasaan malu tiba - tiba. Wajahnya di rasakan merah padam saat itu.

"Sayang cakap dengan siapa tadi?"

"Ah?… Er, dengan Shak!"

Balas Vee dengan nada gemuruhnya. Pelukan Ariel yang semakin kejap dengan luahan kata - kata cinta yang sarat dari mulut suaminya itu membuatkan dia sukar untuk meloloskan diri dari dalam dakapan kasih Ariel.

"Riel…"

"Shh…"

Serta - merta jari telunjuk Ariel menahan bibir Vee dari meneruskan bicaranya. Pandangan mata mereka bertemu dan senyuman penuh makna dari Ariel itu di fahami, Vee. Tapi dia perlu meredakan perasaan gemuruhnya terlebih dahulu sebelum dia merelakan segalanya.

MY DEAR, LITTLE PRINCESS.... (completed)Where stories live. Discover now