Bab 26 : Hari Sukan

1.1K 67 13
                                    

ALISYA beberapa kali menilik dirinya di hadapan cermin. Dia memakai sepersalinan baju kebaya longgar berwarna ungu ametis bercampur putih paras atas lutut. Kepalanya pula dililit dengan selendang berwarna senada cuma agak muda.

“Dah cantik dah tu.”

“Aku tak kesah tau cantik ke tak, yang aku kesahnya kalau aku nampak pelik. Dan memang aku nampak pelik!”

“Tak pelik dah tu. Dah, jom. Nanti lambat pula.”

“Aku nampak okey tak?”

“Kau nampak okey.”

“Betul ni?”

“Betul.”

“Okey, jom!”

Alisya dan Seroja keluar daripada bilik mereka selepas siap memakai kasut sukan. Hana, Nad dan Sara tersengih melihat Alisya yang memakai baju kebaya.

“Jangan gelak.”

Nad tergelak.

“Seronok ya kau gelakkan aku? Kau tu mesti tak sabar tengok Naqib pakai baju ala-ala pengawal, kan?”

Antara mereka berlima, hanya Alisya dan Sara terlibat dalam perbarisan. Kalau geng aspura, Daniel, Luqman dan Naqib.

“Mana ada!” Mereka tergelak melihat reaksi Nad.

Perjalanan ke padang sekolah kali ini tidak diganggu oleh geng aspura. Sampai sahaja di padang, terdapat ramai manusia yang sudah sampai. Mereka berpisah ke khemah rumah sukan masing-masing.

Selepas mendengar apa yang diperkatakan guru rumah sukan, semua orang yang terlibat dengan perbarisan mula mengambil tempat. Terdapat Raja, Permaisuri, pengawal, dayang dan lebih kurang 15 orang pelajar yang memakai baju rumah sukan mengambil tempat dalam perbarisan setiap rumah sukan.

“Kenapa aku perlu berdiri sebelah kau? Bukan ke Rania yang patutnya berdiri sebelah kau?”

Alisya berpaling ke belakang. Dia ternampak muka masam Rania yang terpaksa berdiri di sebelah senior tingkatan 4.

“Cikgu Tiya tukar last minute.”

“Pula...”

Luqman yang berdiri di hadapan mereka dah tersenyum-senyum. Tak boleh tayang depan dua orang manusia tu, nanti kena marah.

“Ni flower crown kau.”

Thanks.”

Aksi Daniel yang menghulur flower crown kepada Alisya ditangkap oleh kamera milik Khairul yang kebetulan lalu di kawasan tu. Dia salah seorang kelab sidang redaksi, jadi memang pegang kamera lah jawabnya. Dia tersengih-sengih melihat gambar tu.

Sweet nampak.”

Laju Daniel dan Alisya menjarakkan diri. Masing-masing ukir muka menyampah.

“Sibuklah kau, Khai. Pergi main jauh-jauh sana!”

“Orang dah bahagia, kawan sendiri dihalau.” Khai ukir muka sedih sebelum berlalu sambil ketawa besar.

Goodluck, Sya!” ujar Sara yang berdiri di belakangnya selepas ketawa bersama Khairul tadi.

You too, Noorul Qaisara. Dan tak payah nak gelak sangat, aku kick nanti.”

Sara tekup mulut, menahan tawa daripada terlepas.

Selesai perbarisan dan ucapan perasmian, pelajar-pelajar kembali ke khemah masing-masing. Waktu rehat. Alisya dan Sara menonong ke trak makanan yang hadir pada hari tu tanpa menukar baju terlebih dahulu.

Saranghae♡Where stories live. Discover now